Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PU Syed Dakwa Terima Daging Korban Busuk, Terpaksa Tanam Demi Elak Pelajar Jatuh Sakit

DAGING KORBAN
Tangkap layar video Instagram

PU Syed Dakwa Terima Daging Korban Busuk, Terpaksa Tanam Demi Elak Pelajar Jatuh Sakit

Pendakwah bebas, Syed Mohd Bakri Syed Ishak Benyahya berkongsi satu pengalaman kurang menyenangkan selepas menerima sumbangan daging korban yang didakwa sudah rosak di kompleks pendidikan miliknya.

Menerusi perkongsian di media sosial, PU Syed memaklumkan Kompleks Pendidikan Baitul Dhiya’ menerima kira-kira 20 plastik daging korban daripada seorang individu.

Bagaimanapun, keadaan daging berkenaan menimbulkan persoalan apabila tukang masak di madrasah terbabit memaklumkan bahawa daging tersebut berbau kurang menyenangkan selain berubah warna menjadi kehitaman.

Menurut PU Syed, perkara itu kemudian dimaklumkan kepada penyumbang terbabit, namun individu berkenaan mendakwa bau tersebut berpunca daripada darah.

Apa yang lebih mengejutkan, sumbangan itu dikatakan hanya dihantar hampir sebulan selepas sambutan Hari Raya Aidiladha.

“Tukang masak beritahu daging itu sudah berbau dan warnanya juga sudah berubah. Bila dimaklumkan kepada penyumbang, dia kata bau itu sebab darah.

“Kalau ikut kiraan, daging itu dihantar hampir sebulan selepas Aidiladha,” katanya.

Tangkap layar penjelasan PU Syed

Walaupun menghargai setiap bentuk sumbangan yang diberikan, PU Syed berpandangan barang yang disalurkan kepada mana-mana pihak sepatutnya berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

Katanya, selepas meneliti keadaan daging tersebut, pihak madrasah akhirnya membuat keputusan untuk menanam kira-kira 20 kilogram daging itu bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan kepada para pelajar.

Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana beliau tidak sanggup mengambil risiko sekiranya makanan tersebut dimasak dan dimakan penghuni madrasah.

Dalam masa sama, PU Syed turut mengingatkan orang ramai supaya memastikan setiap sumbangan yang diberikan berada dalam keadaan elok serta berkualiti.

Jelasnya, jika daging itu dihantar lebih awal, pihak kompleks mempunyai kemudahan peti sejuk beku untuk menyimpan dan menggunakannya dengan baik.