Siakap Keli

Dicerai Talak Tiga Lepas Kahwin Tiga Bulan, ‘Ex Boyfriend’ Lama Datang Ziarah Waktu Pantang Siap Tolong Dukungkan Bayi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam soal jodoh, kita sebagai manusia hanya mampu merancang kerana Tuhan yang menentukan. Andai kata sudah terpisah, tiada yang mustahil jika takdir Tuhan menemukan kembali.

Seperti perkongsian seorang gadis yang tidak menyangka dapat bertemu semula dengan bekas kekasih lamanya setelah dia diceraikan talak tiga. Lebih mengharukan, pertemuan semula mereka itu sewaktu lelaki berkenaan datang menziarahinya yang berada dalam keadaan pantang.

Baru 3 bulan kahwin sudah berpisah

Difahamkan, dia telah diceraikan oleh suaminya dengan talak tiga sewaktu usia perkahwinan mereka hanya menjangkau tiga bulan. Proses kehamilan dilalui dengan cekal seorang diri tanpa suami di sisinya sehingga detik melahirkan.

Pernah bercinta dengan bekas kekasih selama empat tahun

Jelasnya, sebelum berkahwin bersama bekas suami, dia pernah bercinta selama empat tahun bersama bekas kekasihnya itu. Siapa sangka, kekasih yang pernah ditinggalkannya dulu, masih lagi mahu ‘melawatnya’ dan tidak menyimpan dendam.

Anugerah ‘Ex Paling Rare’

Masa dapat tahu aku nak kahwin dia sampai depresi, sekarang dia yang dukung anak aku

Masa aku diceraikan talak tiga, sikit pun dia tak ejek

Pengajaran : boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu

Perkongsiannya tersebut menjadi tular dengan rata-rata netizen memuji sikap lelaki berkenaan yang dilihat sangat matang. Bukan sahaja masih melayani gadis tersebut dengan baik malah lelaki sepertinya disifatkan satu dalam seribu.

Malah, ramai yang menyarankan mereka berdua untuk kembali bersama dan membina rumahtangga walau masing-masing sudah bahagia menjalani kehidupan sendiri.

Kenapa kena pilih jadi kawan sedangkan boleh jadi partner in life?

Get back balik dan jadi suami isteri

Ketahuilah cinta yang ikhlas ada di depan mata

Kalau dia nak balik, tolonglah terima semula

Sumber : Twitter @MissErinKayy

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra