Siakap Keli

Kaki Bengkak Tiba-Tiba, Mungkin Antara 10 Tanda Awal Serangan Jantung Yang Sering Diabaikan

Penyakit jantung sering dikaitkan dengan serangan silent killer yang terjadi tanpa menunjukan sebarang tanda atau simptom yang jelas.

Mereka yang berisiko terkena serangan jantung adalah seperti pesakit diabetes, mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi serta tekanan darah tinggi.

Namun begitu, terdapat 10 tanda awal yang mungkin menjurus kepada serangan jantung yang tidak harus diabaikan.

1. Sesak nafas

Sesak nafas atau rasa sakit di sekitar dada merupakan gejala awal umum dari serangan jantung. Biasanya gejala ini berlaku dalam beberapa minit. Sekiranya ia berlarutan perlulah segera berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan.

2. Masalah pencernaan

Mereka yang mengalami tanda ini, mereka akan berasa mual, sakit perut dan memulas-mulas. Pada kebiasaannya tanda ini sering diamali oleh lelaki berbanding wanita terutamanya mereka yang mempunyai kolestrol yang tinggi serta hipertasi.

3. Ngilu pada lengan

Serangan jantung bisanya bermula dengan tindakbalas ngilu awal dibahagian dada dan kemudiannya kebahagian anggota badan. Oleh itu, sekiranya kerap mengalami sakit dibahagian lengan perlulah segera membuat pemeriksaan doktor.

4. Ingin Pengsan

Terdapat banyak faktor yang membolehkan anda berasa pening dan hilang keseimbangan untuk pengsan seperti kurang makan atau berubah tempat duduk yang cepat. Namun begitu, sekiranya keadaan itu berlaku secara tiba-tiba, ia mungkin tanda awal kepada penyakit jantung.

5. Sakit kepala

Kebiasaannya tanda ini berlaku disebabkan infeksi akibat flu atau sinus. Namun jika sakit kepala itu berlarutan hingga kebahagian dada maka itu mungkin tanda awal kepada serangan jantung.

6. Dekuran

Kepenatan membolehkan seseorang itu berdengkur dengan kuat. Namun jika bunyi dekuran

7. Sakit Badan

Bila tubuh sering rasa sakit tanpa alasan yang jelas, hindari untuk melakukan aktiviti tertentu, seperti membawa kereta atau menaiki dan menuruni tangga.Tanda itu boleh mmebawa kepada simptom demam secara tiba-tiba.

8. Batuk Berpanjangan

Batuk bukan tanda umum dari masalah jantung. Namun, bila anda termasuk dalam tanda ini anda berisiko untuk terkena penyakit jantung. Jika batuk anda disertai dengan cecair putih atau merah muda, mungkin ia tanda awal kepada gejala jantung. Ini terjadi ketika jantung tidak dapat memenuhi ritme tubuh, menyebabkan darah bocor dan kembali ke paru-paru.

9. Nadi Tidak Terkawal

Jantung yang berdebar ketika gugup adalah hal yang wajar. Namun bila anda merasa jantung sering berdegup lebih cepat dalam beberapa detik dan kemudian kembali normal, keadaan ini perlu diambil perhatian.

10. Kaki Bengkak

Ini biasa menjadi tanda bahawa jantung anda tidak mampu mengempam darah seperti biasanya. Jantung yang bermasalah, menyukarkan buah pinggang untuk mengeluarkan air dan garam dari tubuh, sehingga menyebabkan bengkak, terutama di bahagian kaki.

Sumber: CNN

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)