Siakap Keli
Kredit: Google

Menyusul Pemergian Kawan Baik, Sulli, Goo Hara Ditemui Mati Di Kediamannya

Bekas ahli kumpulan KARA, Goo Hara, 28, ditemui mati di rumahnya di kejiranan Cheongdam, Gangnam semalam pada jam 6 petang waktu tempatan.

Walaubagaimanapun, polis belum menjelaskan punca kematian Hara.

Pada May lalu, Hara pernah dimasukkan ke hospital atas cubaan membunuh diri kerana tekanan perasaan. Ekoran itu, seorang peminat berkata,

“Saya agak risau dia akan cuba membunuh diri lagi. ‘Cubaan’ bunuh diri hanya berlaku kerana dia selamat. Dengan pemergian Sulli dan kesulitan dihadapinya sendiri, seolah-olah sekadar menunggu masa untuk dia cuba membunuh diri lagi.. dan ia berlaku.”

Sementara itu, agensinya mengeluarkan kenyataan berhubung khabar berkenaan.

“Kami ingin menyampaikan berita tragik dan malang. Keluarga dan rakan Goo Hara sedang terkejut dan cemas buat masa ini.

“Oleh itu, kami sepenuh hati memohon supaya anda menahan diri daripada menulis artikel spekulatif dan menyebarkan khabar angin. Kami juga meminta media dan peminat untuk menahan diri dari membuat sebarang panggilan untuk mengucapkan takziah.

“Kami memohon maaf menyampaikan berita tergempar ini dan kami memohon maaf sekali lagi kerana meminta anda menahan diri dari membuat panggilan.”

Goo Hara memulakan kerjaya seninya sebagai ahli kumpulan KARA pada 2008 dan kemudiannya mula menjadi artis solo di Jepun dan Korea.

Sebelum ini, rakan artis, Choi Jin Ri atau lebih dikenali sebagai Sulli ditemui mati bunuh diri pada Oktober lalu dipercayai berpunca daripada tekanan perasaan yang dihadapi akibat sering menjadi sasaran buli siber.

Masalah tekanan mental sering berlaku dalam kalangan selebriti Korea termasuk mereka yang terkenal, malah beberapa selebriti di sana meninggal dunia akibat bunuh diri seperti Jang Ja Yeon (Boys Over Flower), Kim Jong Hyun (Shinee) dan Sulli (F(x)).

Sekiranya anda atau orang yang anda kenali menghadapi tekanan perasaan, sila dapatkan bantuan atau hubungi Befrienders di 03-7956 8145.

Sumber: Allkpop, Soompi

Amira

Love yourself.

Nur Farra