Siakap Keli

(Video) Gambar Dipercayai Palestin Pada Awal 90-an Buat Dunia ‘Menangis’

Setiap orang sudah pastinya mahukan sebuah kehidupan yang harmoni bersama keluarga. Apa tidaknya, kehidupan harmoni boleh memberikan kebahagiaan kepada setiap orang yang menikmatinya. Begitu juga dalam konteks masyarakat dan negara, masyarakat yang harmoni dan negara yang aman sudah pastinya diidamkan oleh kebanyakan daripada kita.

Peperangan merupakan salah satu faktor yang menyebabkan sesebuah kedaulatan sesebuah negara dan keharmonian masyarakat setempat terjejas. Perkara ini jelas dapat dilihat terhadap nasib yang dialami oleh negara Palestin yang sehingga kini masih berada di dalam episod duka. Konflik yang dialami oleh negara Islam ini dilihat bagai tiada penghujungnya apabila berlaku serangan demi serangan yang dilancarkan oleh pihak Israel.

Gambar: commons.wikimedia

Jika diimbau kembali ke zaman dahulu, masyarakat Palestin sebenarnya hidup dalam keadaan yang harmoni tanpa sebarang ancaman. Disebabkan itu, pelbagai aktiviti boleh dijalankan. Antaranya adalah aktiviti sukan, pembangunan, pendidikan dan banyak lagi. Namun, setelah kedatangan Israel, ianya bagaikan berubah dan pelbagai aktiviti menjadi terbatas.

Sesuai untuk menggambarkan keharmonian masyarakat Palestin sebelum kedatangan Israel, sebuah video dokumentari yang dikongsikan di laman Youtube FiliKiwi dikatakan kehidupan masyarakat Palestin sebelum tahun 1948.

https://www.youtube.com/watch?v=4jxTseoru6g&feature=youtu.be&fbclid=IwAR2Wd4tbs6CQft6mgcnKcwLrjWWfHLCoiDmLFI8CczsZtF0ZwfRWklGMBKY

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat keadaan negara Palestin seawal tahun 1920, 1930 dan sehinggalah kepada penciptaan negara Israel pada tahun 1948.

Gambar-gambar yang diambil dipercayai daripada arkib Pustaka untuk Pengajian Palestin. Disebabkan itu, penjelasan lanjut bagi setiap gambar adalah sangat terbatas.

Nasib yang dialami oleh warga Palestin pada dunia hari ini dilihat sangat menghibakan. Pelbagai halangan dan ujian yang terpaksa ditempuh oleh mereka. Bukan itu sahaja, pendidikan bagi kanak-kanak juga semakin terbatas dan kehidupan mereka semakin susah.

Rata-rata penonton yang menyaksikan video penuh berkenaan turut berduka cita atas apa yang telah terjadi terhadap Palestin hari ini.

“Palestin sangat cantik dulu. Luluh hati ini melihat ia dicuri.”

“Penduduk yang cantik, muzik yang mempersonakan. Pembunuhan hari ini menyiksakan.”

Sumber: FiliKiwi

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra