Siakap Keli

Nak Jadi Anak Seni Tapi Bagaimana?, Ini Adalah Tempat Ramai Anak Seni Pilih Untuk Sambung Belajar

Kita semua sudah sedia maklum bahawa industri seni dekat Malaysia ni sedang meningkat naik. Jadi, peluang untuk korang mengasah “skill” dan bakat seni yang korang ada takkan menjadi sia-sia lagi sebab banyak medium yang boleh tolong korang untuk berjaya dalam bidang seni sekarang ni.

Disebabkan Taylor’s University ni telah dinobatkan di tempat ke-4 dunia dan paling tinggi di Asia, so tak peliklah sebab apa ramai orang pilih Taylor’s University ni sebagai tempat untuk diorang lanjutkan pelajaran.

Haa, cakap pasal bidang seni ni, ada berita baik nak bagitau kat korang ni. korang tahu tak yang Taylor’s University ada tawarkan program ijazah dalam seni persembahan yang dah pun dilancarkan sejak Ogos baru-baru ni.

Selain korang dapat belajar secara teori dalam kelas pasal seni persembahan ni, korang jugak turut akan didedahkan dengan pengalaman merasai macam mana industri seni ni “in real”.

Lepas tu kan, tenaga pengajar yang ada dekat situ pulak, bukan calang-calang orang tau. Bukan takat berpengalaman je, diorang ni jugak pelopor dalam industri seni negara tau. So, korang tak payah lah risau pasal kualiti pendidikan yang bakal ditawarkan dekat Taylor’s University ni sebab memang bagus pun.

Kalau korang rasa korang dah tua and takut Taylor’s University ni tolak permohonan korang sebab faktor umur korang, korang tak perlu risau. Sesiapa sahaja yang berkelayakan dan berbakat boleh memohon asalkan korang berumur 18 tahun dan ke atas.

Bukan tu je, korang kalau dah memang penggiat seni kat Malaysia ni and nak asah lagi skill korang, korang juga turut boleh mohon belajar dekat Taylor’s University ni. Haa yang ni, takde had umur langsung. Tua ke muda ke, semua boleh!

So, apa tunggu lagi? Kalau korang berminat nak apply dekat Taylor’s University ni, korang boleh terus layari website Taylor’s University ni.

Nak tahu lebih lanjut lagi, kunjungi Hari Terbuka Taylor’s di Lakeside Campus pada 7, 8, 14 dan 15 Disember 2019 bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.


Aqmal Ezany

I write what is right