Siakap Keli
Gambar: SBI General

Main Redah Je, Ini 7 Tips Penjagaan Motorsikal Wajib Ambil Tahu Pada Musim Hujan

Seperti yang sedia maklum, bila tiba hujung tahun merupakan musim hujan terutamanya di kebanyakan tempat di seluruh Malaysia. Disebabkan perkara itu, pelbagai aktiviti harian menjadi terbatas. Antaranya ialah perjalanan pergi dan balik kerja terutamanya bagi yang menunggang motosikal.

Disebabkan itu, rata-rata pekerja memilih untuk memandu kereta ke pejabat. Namun, disebabkan kesesakan lalu lintas yang agak teruk pada setiap pagi dan petang, ada juga yang nekad untuk menunggang motosikal bagi menuju ke tempat kerja. Dengan memakai baju hujan yang lengkap, peratusan untuk basah berkurang.

Gambar: Auto NDTV

Namun begitu, setiap penunggang motosikal yang sering meredah hujan lebat adalah lebih bagus untuk memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik. Perkara ini adalah kerana air hujan boleh menjejaskan prestasi enjin sehingga boleh menyebabkan kerosakan.

Panaskan enjin secukupnya

Setiap kali ingin memulakan perjalanan terutamanya pada waktu pagi, panaskan terlebih dahulu enjin motosikal anda. Perkara ini adalah supaya enjin motosikal anda berada dalam keadaan bersedia sebelum melakukan “kerja” hakikinya.

Periksa minyak enjin

Keadaan paras air yang tinggi di atas permukaan jalan akan menjejaskan bahagian enjin yang kebiasaannya terletak di bahagian paling bawah motosikal. Disebabkan itu, air hujan yang terpercik atau telah menenggelamkan bahagian enjin berisiko menyebabkan minyak enjin bercampur dengan air hujan. Oleh itu, pemeriksaan minyak enjin adalah sangat penting terutamanya pada musim hujan.

Gambar: Choptronic

Tukar minyak enjin baru

Sekiranya anda mendapati bahawa minyak hitam telah bercampur dengan air terutamanya air hujan, adalah digalakan untuk menukar baru. Perkara ini supaya ianya tidak akan merosakkan fungsi sebenar minyak enjin yang melancarkan pergerakan setiap elemen di dalam enjin. Seperti sedia maklum, minyak enjin merupakan elemen terpenting yang melancarkan pergerakan enjin. Sekiranya ia bercampur dengan air, prestasi sebenar enjin pastinya terganggu.

Periksa penapis udara

Penapis udara juga sangat penting untuk diberikan perhatian ketika musim hujan. Sekiranya didapati penapis udara basah dan mempunyai air, anda dinasihatkan untuk mengeringkannya terlebih dahulu. Penapis udara berperanan untuk menapis udara sebelum ianya ditiup ke dalam amnifold melalui ‘throttle’. Jadi, sekiranya terdapat air, adalah menjadi sukar untuknya menapis udara seperti biasa.

Periksa ekzos

Sebelum memulakan perjalanan, sila pastikan ekzos anda tidak mengandungi air. Sekiranya anda mendapati terdapat air yang bertakung, adalah lebih baik untuk mengeluarkan air itu terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.

Gambar: LiveAbout

Periksa lapisan brek

Brek merupakan elemen keselamatan terpenting bagi setiap kenderaan. Disebabkan itu, kekerapan untuk memeriksa lapisan brek adalah sangat digalakkan. Perkara ini kerana lapisan brek yang basah akan mengurangkan cengkaman dan boleh menyebabkan kemalangan.

Siram motosikal dengan air bersih

Air hujan mempunyai asid yang boleh menyebabkan karat pada bahagian besi. Disebabkan itu, sekurang-kurangnya siramlah badan motosikal anda dengan air bersih setelah terdedah kepada hujan. Ianya akan membuatkan air hujan di badan motosikal dibersihkan dan mengelakkan karat.

Sumber: Detik.com

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra