Siakap Keli

“Jangan Makan Asap..,” Ramai Tak Perasan, Ini 3 Perbezaan Mat Moto Dan Mat Kereta

Dunia permotoran bukan asing lagi dalam negara ini. Kalau kita tengok setiap tahun ada saja aktiviti-aktiviti permotoran tak kira kereta atau pun motosikal. Dalam industri filem juga, penerbit-penerbit tak jemu mengeluarkan filem yang berunsurkan sukan permotoran seperti Impak Maksima, Mat Moto, KL Menjerit, Evolusi KL Drift, Ford vs Ferrari, dan Need For Speed.

Tapi ramai dari korang yang tak tahu, ada banyak perbezaan antara mat kereta dan mat moto. Dalam banyak-banyak perbezaan itu, kali ini kita keluarkan 3 perbezaan saja supaya korang mudah nak hadam. Takdelah mulut korang berbuih baca panjang panjang.

  1. Kelajuan
  • Orang ingat motor ni semuanya bahaya sebab nampak laju. Sebenarnya motor dengan kereta sama je.
  • Moto ada yang lebih 1000cc laju dia kereta pun ada yang 350 horse power. Laju betul. Tapi kalau kereta potong moto, bersedialah untuk makan asap dalam helmet.
  • Tapi bila traffic jam, memang moto lah yang menang boleh cilok-cilok. Kalau tengok aksi lumba pun moto ni lain macam action dia buat gemuruh jantung. Tapi kereta pun boleh tahan jugak, kalau bab racing ni mat kereta dengan mat moto memang power.
  • Tapi kalau race moto dengan kereta agak-agak korang sape menang?

 

  1. Harga jentera
  • Orang selalu kata kereta memang lah mahal, tapi moto pun boleh tahan mahal. Ada yang sama harga atau lagi mahal dari kereta. Tapi sanggup ke nak bayar mahal mahal untuk dua roda takde pintu, kereta ada aircond ada pintu lebih selamat. Namun excitement dia berbeza. Apa pilihan anda?

3.Keterampilan

Ramai yang menyangka, Mat Kereta lebih bergaya berbanding Mat Moto. Rasanya korang dah silap. Kedua-dua ‘Mat’ ini ada gaya dan keterampilan mereka tersendiri.

  • Kalau zaman sekarang ni tak sah kalau takde moto, dah jadi lifetsyle atau chick magnet. Kadang-kadang Mat Kereta pun ada juga jadi Mat Moto, and gaya pun berubah ikut apa jentera yang dibawa.
  • Jadi Mat kereta ni power sikit, sekali datang boleh bawak 4 orang awek, ye lah kan ada banyak seat dalam kereta. Mat Moto boleh bawak sorang awek je kat belakang.
  • Gaya Mat Moto dengan Mat Kereta pun lain, boleh nampak. Mat kereta lagi casual dan berpakaian kemas maklumlah duduk dalam kereta tak kena angin ada aircond. Tapi gaya Mat Moto ni banyak digilai wanita konon macho ala bad boy.

Kalau nak cerita battle Mat Moto vs Mat Kereta ni confirm takkan habis. Ada je perbahalan.

TAPI, korang nak tau tak? Walaupun Mat Kereta dan Mat Moto ini banyak perbezaan, ada satu persamaan yang boleh buat Mat Moto dan Mat Kereta ni bersatu. Sepang International Circuit (SIC) buat kali pertama akan menganjurkan sebuah perlumbaan bertaraf dunia Races of Malaysia: FIM Endurance World Championship (EWC) dan FIA World Touring Car Cup (WTCR) dalam satu masa pada 13 Disember-15 Disember 2019. Inilah event yang akan menggabungkan kuasa Mat Moto dan Mat Kereta di Litar Lumba Sepang.

EWC adalah acara pelumbaan endurance motosikal berkuasa tinggi, selama 8 jam manakala WTCR pula adalah kejohanan dunia perlumbaan kereta touring. Kedua-kedua perlumbaan ini adalah unik dan buat pertama kali diadakan di Malaysia. Kalau Mat Moto mesti korang pernah dengar Suzuka Hours, itulah EWC. Mat Kereta pula mesti korang tau Touring car race kan, hah ini perlumbaan dunia untuk kereta touring. Kedua-dua race ini menyaksikan jentera-jentera korang yang ada dijual di kedai tapi diupgrade dengan racing spec. seperti Honda, Audi, Volkswagen untuk WTCR dan juga jentera moto seperti Kawasaki, Ducati, Honda, BMW dan sebagainya untuk EWC.

Malah bukan sahaja berlumba, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk korang sepanjang minggu. Jadi adalah aktiviti nak buat sepanjang 8 jam race EWC pada hari Sabtu dan tiga race WTCR pada hari Ahad tu. Selain tu, race ini lah yang menggabungkan pelumba Negara kita yang paling ramai! Ada Hafizh Syahrin yang akan race moto dan kereta, Hafiq Azmi, Mitchell Cheah dan ramai lagi!

Korang tunggu apa lagi, jom beramai-ramai pakat serbu Litar Sepang 13 – 15 Disember nanti. Bawak lah moto dan kereta korang tu.

Jangan lupa untuk dapatkan tiket korang sekarang! Hanya RM220 untuk dua perlumbaan dunia! Untung betul!  https://www.sepangcircuit.com/ticketing/wtcr-ewc/wtcr-ewc Jangan terlambat takut nanti makan asap je brader. Lain feel dia kalau tengok depan mata!



Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)