Siakap Keli

Lelaki Temui Ajal Dipercayai Selepas Dijilat Anjing

Seorang lelaki berusia 63 tahun di Jerman telah disahkan meninggal dunia selepas dijangkiti jangkitan yang jarang-jarang berlaku. Jangkitan itu dipercayai berpunca dari air liur anjing peliharaannya.

Pada peringkat awal, warga tua itu mempunyai simptom seperti selesema dan juga bintik-bintik darah, lebam dan perubahan warna kulit. Malangnya, keadaan kesihatannya merosot dan akhirnya meninggal dunia akibat daripada kegagalan organ 16 hari selepas dia dimasukkan ke hospital.

Walau bagaimanapun, kes berkenaan bukanlah kes pertama yang melibatkan kematian akibat daripada air liur anjing. Pada 2018, dua orang Amerika telah dilaporkan menghidap jangkitan daripada anjing mereka. Salah seorang daripada mereka telah meninggal dunia manakala seorang lagi terpaksa dipotong bahagian badannya supaya jangkitan itu tidak merebak.

Menurut salah seorang pegawai perubatan, Doktor Stephen Cole berkata bahawa jangkitan tersebut merupakan flora penuh daripada mulut anjing dan kebiasaannya tidak menyebabkan sebarang jenis penyakit yang kritikal.

Namun begitu, bagi kes lelaki berusia 63 tahun ini, dia tidak digigit namun hanyalah dijilat oleh anjingnya. Kebiasaannya pesakit akan mengalami jangkitan teruk sekiranya mempunyai masalah imun, limpa atau penyalahgunaan alkohol, tetapi berdasarkan rekod perubatan lelaki ini nyatanya berada dalam keadaan yang sihat.

Pemilik haiwan peliharaan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat perubatan daripada doktor sekiranya mengalami simptom-simptom seperti selsema yang teruk. Berkemungkinan, jangkitan itu berpunca daripada haiwan peliharaan sendiri dan berisiko membawa maut.

Sumber: Mothership

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra