Siakap Keli

“Bodoh, Takda Otak”, Guni Diikat Dawai ‘Berisi’ Kucing Nyaris Digilis Ditemui Di Tengah Jalan Undang Kemarahan Netizen

Sikap kucing yang manja telah menambat hati ramai sehingga ada yang sanggup berhabis wang ringgit untuk menjaga kucing kesayangan mereka. Walaupun begitu, ada juga segelintir masyarakat yang tidak berperikemanusiaan dengan cuba membunuh haiwan yang tidak bersalah ini.

Seperti perkongsian yang tular di media sosial mengenai cubaan kejam membunuh kucing oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ibu kucing beserta empat ekor anak itu diletakkan di dalam guni di tengah jalan.

Lebih menyayat hati, guni tersebut diikat dengan kemas menggunakan dawai besi, supaya kesemua kucing itu tidak dapat melepaskan diri dan dilanggar oleh kenderaaan.

Mujurlah, ianya dijumpai oleh seorang lelaki yang kemudiannya menyelamatkan kesemua anak kucing tersebut.

Kalau kena langgar semua mati

Kejamnya, sampai hati buang kucing macamtu, dah la ikat kemas dengan dawai dalam guni, buang pulak kat tengah jalan.. Kalau kena langgar semua mati.

Insiden tersebut mencetuskan rasa berang netizen yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai amat kejam dan pelakunya tidak mempunyai sifat kemanusiaan.

Kejadian seperti ini perlu dipandang serius ekoran pelbagai kejadian pembunuhan haiwan seperti kucing dan anjing yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Hati anda sungguh kejam

Kalau tak mahu bela jangan buang tengah jalan

Semoga menerima balasan dari Allah

Sumber : Penduduk Sungai Petani (PSP)

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.