Siakap Keli

Perubahan Landskap HIV, Lebih Separuh Kes 2018 Dari Hubungan Sejenis Sesama Lelaki – KKM

Seperti yang umum sedia maklum, jangkitan HIV boleh berlaku dalam kalangan penagih dadah yang berkongsi jarum.

Hubungan seksual antara lelaki serta juga melalui jangkitan ibu kepada bayi dalam kandungan.

Corak jangkitan HIV kian berubah dari tahun ke tahun.

Statistik terbaharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan corak jangkitan HIV di Malaysia berubah sejak pertama kali HIV ditemui di Malaysia pada tahun 1986.

Bermula tahun 1990, Majoriti jangkitan HIV berlaku dalam kalangan penagih dadah kerana perkongsian jarum suntikan sesama mereka.

Angka ini menurun kurang dari separuh dari jumlah jangkitan berlaku pada tahun 2010.

Namun, jangkitan heteroseksual berlaku peningkatan.

Corak ini berubah pada 2018 di mana lebih separuh daripada jumlah kes berlaku akibat hubungan sejenis sesama lelaki.

Kemudian, hanya 3% sahaja dari jumlah kes adalah dari perkongsian jarum suntikan.

Selain daripada jangkitan melalui jarum suntikan dan hubungan seksual. HIV juga boleh berjangkit melalui jangkitan ibu kepada bayi dalam kandungan, kesilapan pemindahan darah/organ dan kemalangan tercucuk jarum ketika mengendalikan jarum suntikan.

 

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)