Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Adik Meninggal Dunia Hidap Kanser, Abang Sedih Hajat Arwah Nak Pakai Selipar Baru Tak Kesampaian

Edayu
Foto: AIman Farhadan
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Ajal pertemuan milik Allah, siapa kita untuk menidakkan ketentuan Illahi. Kehilangan orang yang disayangi memang perit tambah-tambah lagi mempunyai pertalian darah dengan kita.

Kenangan bersama boleh dijadikan memori terindah saat dia ada dengan kita. Bahkan menatap barangan akan menjadi lebih hiba memandangkan barang tersebut milik Arwah.

Seperti pengalaman yang dikongsikan oleh Aiman Farhadan di laman Twitternya apabila dia kehilangan orang tersayang iaitu adiknya sendiri akibat penyakit kanser yang dihidapinya.

Arwah adiknya menghidap kanser sejak Februari lalu dan dikatakan sebelum ‘pergi’ dia sempat memberitahu abangnya untuk menjaga barangan dengan rapi. Alasannya untuk memakai setelah sembuh kelak.

Namun, siapa kita untuk melawan takdir serta barangan yang dibelinya secara atas talian itu kekal menjadi kenangan untuk keluarganya.

Adik, aku tak kuat adik. Aku masih tak percaya adik yang hang dah tak ada, Ya Allahhh.

Katanya semasa dihubungi, adiknya sempat membeli barangan di laman atas talian tersebut untuk digunapakai setelah habis pembedahan. Namun, dia dan ahli keluarganya redha dengan pemergian adik tercinta itu.

Akhir kata, Aiman ada pesan untuk sama-sama mendoakan arwah adiknya tenang. Adiknya meninggal dunia pada 26 November yang lalu.

Sumber: frhdnmhdzuraaa