Siakap Keli

“Pindahkan Ibu Negara Secepat Mungkin Jika Tak Mahu Jem”, Reaksi Netizen Lihat Jokowi Pun ‘Sangkut’ Dalam Jem

Tular satu video di media sosial  yang memperlihatkan kenderaan yang dinaiki oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi terlibat dalam kesesakan jalan raya.

Video yang dimuatnaik menerusi akaun Twitter Catuaries  pada Khamis lalu itu telah mendapat perhatian warganet dengan 3.3 ribu retweet dan 3.2 ribu likes.

Warganet  juga kagum kerana kebiasaannya kenderaan yang dinaiki oleh ahli politik dan VIP tidak akan mengalami situasi tersebut kerana mereka akan diberi laluan terlebih dahulu.

Pindahkan ibu negara secepat mungkin jika tak mahu jem.

 

 Jadi presiden 2 penggal pun tidak guna privilege ketika di jalan raya.

 

Memang jalan tu selalu jem teruk

 

Menerusi video yang berdurasi 12 saat itu, dapat juga dilihat bahawa pihak pengiring kenderaan Jokowi juga turut berhenti dan tidak dapat bergerak sama sekali.

Indonesia  khususnya Jakarta sememangnya mempunyai kepadatan penduduk yang sangat tinggi dengan populasi sehingga 110 juta orang dan kebanyakan daripada mereka menaiki kenderaan sendiri.

Pada Ogos lalu, Jokowi mengumumkan bahawa akan menjadikan Kalimantan sebagai ibu negara yang baharu bagi mengatasi kepadatan penduduk yang sangat tinggi di Jakarta dan kesesakan jalan raya menjadi salah satu kesan daripada kepadatan tersebut.

Sumber: Tribun News

Sofea

There's always another side to every story