Siakap Keli

”Mungkin Perompak Intern..” Netizen Pelik, Lelaki Didakwa Cuba Rompak Mesin Deposit Cek

Perkongsian beberapa keping gambar yang mengaitkan kesalahan seorang lelaki dengan ‘english education’ menjadi tular di media sosial kerana berjaya membuatkan netizen terhibur.

Melalui posting yang dimuat naik oleh seorang individu di laman Twitter, gambar tersebut menunjukkan seorang lelaki didakwa ditahan kerana ‘tersalah’ merompak mesin ATM.

Mesin yang didakwa dirompak itu bukanlah mesin wang tetapi sebenarnya adalah mesin untuk memasukkan cek.

”Suruh belajar english tak nak”

Walau tidak dapat dipastikan kesahihannya, posting itu mencuit hati netizen yang ‘bersimpati’ dengan nasib lelaki berkenaan.

Addict’s ‘money’ dream dashed, gets collared for breaking cheque deposit machine

Bila penulis cari semula laporan berita mengenai kes ini, rupanya berlaku sekitar tahun 2016 dan kes ini dimuatnaik semula ke laman Twitter.

Nak jadi jahat pun, jadilah jahat yang pandai

Mungkin perompak ‘intern’

Mungkin dia nak keluarkan cek yang tersalah masuk

Sumber : Twitter

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.