Siakap Keli
Foto: Abd ghani Haron

Berjasa Sampai Hujung Nyawa, Sedekah 1500 Kampit Beras Jadi Permintaan Terakhir Cikgu Ghani

Seorang yang pemurah dan sentiasa melakukan kerja amal untuk membantu orang dalam kesusuhan. Beliau, Abd Ghani Haron atau lebih mesra Cikgu Ghani, ‘pergi’ mengadap Illahi semalam.

Menerusi kiriman Facebook milik Allahyarham Abd Ghani, beliau dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 5.35 petang semalam di Tikam Batu, Sungai Petani.

Mungkin tidak ramai yang mengenalinya namun, amal dan kebajikan yang beliau lakukan cukup untuk orang yang tahu.

Bagaimanapun, satu amanah sebelum beliau meninggal dunia adalah untuk menyampaikan sedekah 1500 kampit beras kepada orang ramai.

Amanah dari Cikgu Abd Ghani Haron

PERMINTAAN TERAKHIR BELIAU UNTUK MENYAMPAIKAN SEDEKAH 1500 KAMPIT BERAS KEPADA ORG RAMAI.

AGIHAN BERAS AKAN DIBUAT PADA 2 DISEMBER 2019, HARI ISNIN, BERMULA SELEPAS SOLAT SUBUH. MOHON SEBAR-SEBARKAN.

(Permintaan Almarhum juga supaya sesiapa yg hadir menziarahi beliau supaya dapat sama-sama menyembahyangkan jenazah beliau yang akan disolatkan di Masjid Al-Barakah, Tikam Batu jam 10.00 pagi esok (2.12.2019).

Baliau akan disemadikan di Masjid AlBarakah Tikam Batu jam 10 pagi ini. Semoga rohnya tenang dan berada dlaam kalangan orang beriman. InsyaAllah.

Rata-rata netizen turut mendoakan pemergian Allahyarham Cikgu Ghani.

 

Sumber: Facebook Abd Ghani Haron

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)