Siakap Keli

Tragedi Banjir: Kanak-Kanak 7 Tahun Jadi Mangsa Pertama Maut Akibat Mati Lemas

KOTA BHARU, 2 Dis –  Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, yang dikhuatiri lemas lewat petang semalam di Felcra Teratak Batu, Pasir Puteh ditemui maut pagi ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pasukan penyelamat menemui mayat Mohammad Ilham Hasmadi, di sebuah bendang kira-kira 400 meter dari tempat mangsa dikatakan terjatuh pukul 8.00 pagi ini.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat,” katanya kepada pemberita selepas Program Berkhatan Kanak-kanak Peringkat  Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dikhuatiri lemas di tali air ketika mengikut bapa saudaranya memasang pukat ikan di Felcra Teratak Batu, Pasir Puteh.

Kejadian pukul 6.30 petang itu, mangsa dikatakan berada di atas titi kayu sebelum tergelincir dan dibawa arus deras.

Sumber: Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.