Siakap Keli

(Video) Pekerja Terkejut, Tiba-Tiba Gajah Datang Masuk Kantin Kem Tentera

Beberapa pekerja kantin di sebuah kem tentera di Bengal Barat, India gempar apabila seekor gajah menyerbu masuk ke dalam premis berkenaan sebelum tiba-tiba naik minyak.

Insiden di kantin itu tular apabila rakaman video haiwan itu dirakam oleh anggota tentera itu di akaun Twitternya.

Menerusi klip video berdurasi 60 saat itu, mamalia tersebut dilihat merempuh beberapa kerusi dan meja dalam kantin sementara jeritan pekerja kedengaran dalam usaha menghalau gajah terbabit.

Beberapa orang cuba menakutkan gajah itu guna kertas dengan api, namun tidak berkesan sehinggalah seorang pemuda mengacuhkan api yang lebih besar kepada haiwan itu.

Difahamkan, kem tentera terbabit terletak hanya beberapa meter daripada hutan Chilapata yang menjadi habitat kepada gajah di daerah tersebut.

Kejadian gajah menceroboh kawasan itu kerap terjadi, namun tiada kejadian lebih buruk dilaporkan berlaku.

Sumber: Twitter

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)