Siakap Keli

Ibu Seret, Hempas Anak Gara-Gara Rosakkan Pokok Cili Jiran

Sejak kebelakangan ini, masalah penderaan dan hukuman fizikal kepada kanak-kanak dilihat begitu membimbangkan.

Menerusi satu rakaman yang tular, seorang wanita bergelar ibu sanggup mengheret anaknya beberapa meter di atas tanah.

Menurut laporan media, kejadian yang berlaku di Kampung Pie, Bandar Aceh itu dikatakan berpunca daripada anak kecilnya yang telah merosakkan tanaman cili milik jiran mereka.

Menerusi video berkenaan, seorang wanita dilihat menyeret seorang kanak-kanak daripada satu tempat ke satu tempat yang lain.

Perbuatan itu dipercayai dirakam oleh jiran daripada tingkat dua di rumahnya.

Menerusi laporan media tempatan, anak kecil itu baru sahaja berumur tiga tahun dan jeritan kesakitan anak kecil itu jelas kedengaran melalui video yang tular.

Perbuatan wanita itu telah mengundang kemarahan rata-rata netizen yang menonton rakaman tersebut.

Pada masa sama, ada juga yang turut berang dengan tindakan individu yang hanya merakam namun tidak menghulurkan sebarang bantuan atau mencegahnya.

Walau bagaimanapun, pihak polis telah menjalankan siasatan terhadap wanita berkenaan namun tidak dapat membuat penahanan terhadap suspek.

Ini kerana wanita itu masih menyusukan seorang bayi berusia kurang setahun.

Pun begitu, pihak polis sedang menjejaki individu yang bertanggungjawab merakamkan video berkenaan.

Sumber: Sosok

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra