Siakap Keli
Kredit Foto: dailymail

Kanak-Kanak 23 Bulan Patah Balik & Redah Rumah Terbakar, Maut Terperangkap Bersama Anjing Ingin Diselamatkanya

Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan telah meninggal dunia ketika cuba menyelamatkan anjing peliharaannya dari dijilat api apabila rumah yang dihuninya terbakar.

Kanak-kanak lelaki berusia 23 bulan, Tragic Loki Sharp telah meninggal dunia sekitar jam 5 petang pada hari Sabtu yang lalu di Gentry.

Kredit Foto: dailymail

Menurut laporan Metro.co.uk, kanak-kanak berkenaan telah keluar daripada rumah tersebut dan berpatah balik kerana ingin menyelamatkan anjing peliharaannya.

Ibu bapa kanak-kanak tersebut, Loki Kurtis dan Caitlyn dikatakan hilang kelibat anak lelakinya itu ketika mereka sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan orang ramai dan memadam api kebakaran.

Menurut Ketua Pemandu Gentian, Vester Cripps memberitahu The Democratic-Gazette Northwest Arkansas kebakaran ini berpunca daripada litar pintas.

Anjing peliharaannya itu juga dikatakan telah meninggal dunia ketika cuba membantu Loki menyelamatkan diri dalam kebakaran itu.

Kebakaran itu telah menyebabkan pasangan ini kehilangan segala-galanya termasuklah anak, anjing dan rumah mereka.

Rakaman dari KFSM menunjukkan kerosakan yang berlaku ke atas rumah tersebut dan siasatan terus dijalankan.

Sumber: Dailymail

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.