Siakap Keli

Suami Isteri Buktikan Kembara Lima Hari Ke Sempadan China Naik Kancil

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa sangka kancil yang berusia lebih 25 tahun boleh mengembara hingga ke luar negara. Sepasang suami isteri telah membuktikan kereta Produa Kancil model 660 milik mereka mampu sampai ke sempadan China.

Perjalanan lebih 2500km dan memakan masa 5 hari berjaya mereka tempuhi dengan selamat tanpa masalah.

Menerusi Perkongsian Azman Ali di akaun Facebooknya itu, sebelum ini beliau pernah datang seorang diri dengan menggunakan motorsikal.

“Saya menceritakan pengalaman saya menggembara menggunakan motor ke negara sana, membuatkan isteri saya berasa teruja.

“Saya dan isteri kemudian membuat keputusan untuk menaiki Perodua Kancil dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang menuju ke Laos dengan meredah perjalanan lebih 5,000 kilometer sejak 1 Disember lalu”, katanya.

Keadaan jalan di bumi Laos ini sangat menguji kekuatan jentera buatan Malaysia yang sudah berusia lebih 25 tahun ini.

“Kereta  hampir tak jalan sebab gunung terlalu tinggi dan jalan berbatu, banyak kali juga la saya tersangkut”, katanya.

Melihat kepada perkembangan terkini, beliau kini sudah berjaya sampai ke sempadan China dan mempunyai berbaki 3500km lagi untuk menamatkan pengembaraannya itu.

Beliau akan berpatah balik menggunakan laluan di utara Thailand dan masuk semula ke Malaysia menerusi sempadan Bukit Kayu Hitam di Kedah.

Sumber: Azman Ali II

Zetty Amelia

Nur Farra