Siakap Keli
Kredit Foto: efficacy.org.uk

Dipercayai Tertekan Hidup Miskin, Remaja Lengkap Berpakaian Sekolah Ditemui Mati Gantung Diri Dalam Rumah

Seorang remaja yang masih bersekolah di Ternate ditemui mati tergantung di rumahnya dipercayai kerana tertekan dengan masalah kemiskinan yang dihadapi keluarganya itu.

Mangsa yang berusia 16 tahun ditemui masih lengkap berpakaian sekolah dalam keadaan tergantung oleh adiknya,11 tahun yang baru pulang ke rumah setelah selesai bermain.

Menurut adik mangsa lagi seorang, AM, mangsa ada bersuara bahawa badannya terasa dingin. Mangsa juga juga ada bertanya mengenai makanan dan wang.

“Setelah pulang dari sekolah, dia ada bertanya mengenai makanan dan saya memberitahunya makanan ada di atas meja” kata AM.

Namun mangsa kembali bertanya kepada AM mengapa hanya tinggal nasi sahaja manakala lauknya tiada.

AM hanya mampu terdiam tanpa membalas persoalan yang diutarakan oleh abangnya itu.

Setelah itu mangsa bertanya pula mengenai wang bernilai 5000 rupiah (RM1.49) yang diletakkan di atas meja. Namun AM tidak tahu kemana perginya wang tersebut.

Setelah itu, AM keluar untuk bermain. Ketika dia sedang bermain, dia telah menerima berita bahawa abangnya itu telah dijumpai mati dengan menggantung diri.

Mereka empat beradik tinggal bersendirian tanpa ibu bapanya kerana kedua mereka bekerja sebagai pelombong di luar Ternate, iaitu Weda, Kabupaten Halmahera Tengah.

Ketua Polis Utara Ternate, Iptu Efrian Batiti telah mengesahkan kejadian tersebut dan berkata kes tersebut masih dalam siasatan.

Sumber: Kompas.com

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.