Siakap Keli
Kredit Foto: facebook zack zafirah

Dulu Kahwin Muda & Tak Mampu Buat Majlis, Suami Isteri Bersanding Semula Selepas 11 Tahun Kahwin

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perkahwinan merupakan satu kenangan yang akan diabdi sepanjang hayat bagi setiap pasangan. Semua orang mendambakan majlis perkahwinan yang bakal mencipta kenangan manis untuk diingati sehingga akhir hayat.

Namun tidak semua orang berkemampuan untuk mengadakan majlis perkahwinan yang diimpikan. Ada sahaja pasangan yang berkahwin secara serba sederhana dengan mengadakan majlis yang wajib sahaja. Namun jauh di sudut hati setiap pasangan mesti ingin dirai ketika hari bahagia mereka.

Begitu juga dengan sepasang suami isteri yang telah berkahwin selama 11 tahun yang lalu. Perkongsian yang dikongsi di laman facebook milik Zack Zafirah  yang berkahwin di usia muda secara sederhana di pejabat agama sahaja. Kekangan kewangan menghalang pasangan ini untuk mengadakan majlis yang gah seperti pasangan raja sehari yang lain.

Bersanding bersama-sama empat anaknya termasuk lagi seorang dalam perut (Kredit Foto: facebook zack zafirah)

Namun, pasangan ini berjaya merealisasikan impian tersebut ketika usia perkahwinan telah berganjak ke angka 11 tahun dan mempunyai 4 orang anak.

BERSANDING LEPAS ANAK 4

Wedding Anniversary ke-11 tahun

ALLAH ALLAH ALLAH !!
Alhamdulillah syukur, segala apa yang dirancang bertahun lalu dengan rezeki dan izin Allah bersanding lah kami 6 beranak atas pelamin ni. Mana anak lagi sorg? Ada tu dalam perut, berusia 6 bulan Rezeki Allah kan?

11 tahun lalu

Kami nikah diusia sangat muda. Diusia 15&17 tahun saat kawan2 seronok belajar. Nikah hanya di pejabat agama, tiada majlis doa selamat atau majlis apa pun. Masa tu tiada handphone canggih nak rekod atau snap gambar untuk kenangan. Tiada kerja, tiada duit.

Sekarang, Allah berikan rezeki dan Allah permudahkan majlis ini.

Ada yg kata “ANAK DAH BERDERET PUN NAK BERSANDING BAGAI”
Allahuakhbar, saya  tak pernah bersanding sebelum ni. Jadi salah ke saya raikan anniversary saya dengan cara ni? Bukan berdua dengan suami tapi dengan anak2 kami. Saya buat majlis 1 sen pun saya tak meminta2 dengan orang.

Kalau lah awak kat tempat saya, apa lah perasaan awak masa tu ye? Saya juga manusia biasa, tak mampu nak puaskan hati semua orang. Dan niat saya bukan untuk menunjuk, saya malu saya segan nak buat majlis ni.

Yela dengan anak berderet, yang dalam perut lagi. Tapi saya tetap teruskan impian saya nak bersanding dengan anak2 walaupun saya tau ada mulut2 yang akan mengata.

Kredit Foto: facebook zack zafirah

Ada yang kata “bagus untuk eratkan silaturrahim kasih sayang antara suami”.

Alhamdulillah, Allah je yang tahu betapa kuatnya kasih sayang kami. Dulu kami hanya ada sebijik motor, berpanas dan berhujan naik motor. Cari rezeki naik motor, bawa anak2 naik motor.

Syukur dah masa tu ada juga kenderaan. Kerja apa je kami tak buat masa tu, cuci tandas, kerja kedai makan, mesin rumput, bersihkan longkang dan banyak lagi.

Masa tu hidup dengan tangisan,kemurungan sebab rasa susahnya nak hidup macam ni. Kami sangat susah, susu pampers anak2 pun kadang2 mintak dari belas ihsan orang. Baju anak2 semua dari orang sedekah.

Nak makan pun bercatu. Tapi kami tak pernah putus asa, demi anak2 dan masa depan. Belajar tak tinggi tak menghalang untuk kami cari rezeki.

Kredit Foto: facebook zack zafirah

Allah adalah sebaik-baik perancang.

Allah uji & Allah beri. Sepanjang perkahwinan tipulah kalau takde ribut taufan yang melanda, hanya Allah je yang tahu. Masa tu darah muda kan?

Tapi saya tabik dekat suami, dia seorang yang sangat2 penyabar. Kelebihan suami terlalu banyak, tak dapat nak disenaraikan. Semoga Allah sahaja yg dpt membalas pengorbanan seorang suami. Layanan baik yang suami berikan, 1 juta kali ganda isteri beri layanan yang baik.

Untuk suami tersayang, jangan lah kau tinggalkan ku yang sentiasa bersamamu saat kau susah dulu pabila kau berjaya satu hari nanti.

Mus ♥️ Zafirah lll 30 NOV 2019

Sumber: Zack Zafirah

Siti Natrah Jusof