Siakap Keli
Kredit: Farah Syazana/Google

Mimpi Buruk Berulang Kali Sebelum Katil Penuh Darah, Wanita Hamil Dakwa Rahim ‘Kosong’ Angkara Sihir

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Rambut sama hitam, hati lain-lain. Kadangkala ada orang yang sanggup menyekutukan Allah semata-mata kerana hasad dengki. Inilah yang dihadapi seorang ibu muda, Farah Syazana yang keguguran didakwa akibat hasad individu yang dikenali.

“Inna lillahi wainna ilaihi raaji’un.. Memori anak sulung ummi abi.. Ummi abi namakan awak Aisyah Humaira Binti Muhamad Amirul Izzat nak.. Al Fatihah buatmu. Awak tinggalkan ummi abi di hari yang mulia sayang,” tulis Farah di laman Facebook miliknya.

Menurutnya, mereka menamakan bayi yang dikandungnya demi memudahkan mereka mengingati zuriat yang pernah dikandung.

2 minggu sebelum keguguran

Aku scan baby masih okay. Mood aku pun okay. Baby sihat, keadaan aku pun okay.. Sihat la nak dapat baby.

1 minggu sebelum keguguran

Di sini cerita bermula..

Emosi terganggu. Penat dengan kerja. Penat dengan mulut manusia. Tiba-tiba kena marah. Tiba-tiba orang reka cerita bukan-bukan. Tiba-tiba jadi sedih. Tiba-tiba serba tak kena. Sebab apa? Sebab mulut manusia. Kesan pada sapa? Kandungan dalam perut aku ni. Banyak pengalaman tak menarik jadi sebelum aku keguguran.

  1. Suasana rumah jadi berubah.. Suram.. Tiba-tiba pintu kena ketuk.. Tiba-tiba dengar budak lari-lari dalam rumah.. Tiba-tiba bunyi orang tarik meja kerusi.
  2. Keadaan aku dan suami agak tak okay. Banyak silap faham dan sebagainya. Tapi masih bawah kawalan.
  3. Tak sedap hati dan rasa semacam yang jadi. Allah gerakkan hati aku untuk cari petunjuk Dia.

Mimpi buruk berulang kali

Tiba-tiba tok sedara yang buat rawatan Islam chat, minta aku balik segera sebab ada yang nak bincang. Aku tak jangka apa-apa. Tapi aku tak sedap hati.

Aku mula buat solat sunat hajat, buat Yasin Mubin 3 kali selepas Maghrib, minta petunjuk Allah. Berterusan aku buat 5 hari.

Tengah baca Yasin Mubiin, tiba-tiba ada suara sebijik macam suami aku panggil aku dari belakang. Aku toleh. Kosong. Maksudnya iblis tengah mengganggu kekhusyukan aku. Aku abaikan dan teruskan.

Tiba-tiba suami aku masuk dari luar, aku diam. Lepas siap baca Yasin, aku sambung solat Isyak dan solat hajat. Dah selesai, aku tanya dia,

“Abang ada panggil saya ke?”

Dia kata, “Saya kat beranda rumah dari tadi laa.. Dengar ustaz bagi tazkirah, diorang pasang pembesar suara jadi saya dengar la.” Aku diam.

Malam tu, aku mimpi ada beberapa orang yang aku kenal, berdiri di antara 2 pokok besar, dengan keadaan yang sangatlah berkabus dan suram, gelap. Antara mereka tu ada seorang budak kecik.

Muka aku tak nampak. Tapi aku cam bayangan yang berdiri tu. Takpe. Aku anggap itu mungkin mimpi je.

Tiga hari berturut-turut aku mimpi benda sama. Aku tak sedap hati. Malam ketiga aku mimpi benda tu ialah semalam. Dan aku mimpi budak kecik tu jalan dengan diorang. Seiringan.

Aku bangun dari tidur.. Demi Allah Yang Maha Esa, darah penuh atas tilam tempat aku tidur. Aku cuak. Bila aku tepuk-tepuk pipi aku, ya aku bukan mimpi! Hati aku mula tak sedap. Tapi aku masih husnudzon.

Rahim dah kosong

Pegi klinik terus menangis.. Minta scan.. Doktor cakap rahim aku dah kosong. On the spot, fikiran aku pun kosong. Apa petunjuk mimpi tu? Dan apa yang sedang berlaku sebenarnya?

Dr tanya, “Puan ada jatuh ke?” aku cakap tak ada. Dia sambung lagi, “Maaf puan, saya terpaksa bagitahu puan dah pun keguguran. Tapi susah nak gambar sebab kantung pun dah tak ada dalam perut puan. Saya tak tahu apa punca dia, cuma kebelakangan ni puan ada stress ke?

“Tapi biasanya keguguran kalau sebab stress pun sekurang-kurangnya kantung akan ada puan.. Apa pun semoga puan tabah.”

Aku cakap banyak benda aku stress. Kemudian aku diam. Aku buntu. Suami cakap, “Sayang, kita kena redha.. Biarlah yang mana nak sembah iblis dan sebagainya tu buat apa yang diorang nak.. Anak kita dah tunggu kita kat syurga..”

Serapat mana pun, kita takkan tahu isi hati seseorang

Allahuakbar, sebelum ni aku baca je cerita orang. Harini kena kat batang hidung sendiri. Bukan nak suruh percaya dengan sihir, tapi tolonglah kalian kalau tengah mengandung. Berhati-hati la dengan orang sekeliling tak kira siapa pun dia.

Serapat mana pun kita dengan dia, kita kena tahu bahawasanya kita takkan mampu tahu apa isi hati seseorang tu.

  1. Jangan percayakan sesiapa sekeliling kau
  2. Elakkan makan sebarangan
  3. Kawal emosi
  4. Minta perlindungan Allah
  5. Jangan bagi orang gosok perut kau sebarangan

Berehatlah di syurga anak ummi, anak abi.. Ummi abi akan sentiasa sayang anak sulung ummi abi. Tunggu kami di syurga nak. Terima kasih sudi pinjam rahim ummi selama 3 bulan untuk awak berteduh.. Maafkan ummi sebab tak mampu nak jaga awak nak.. Maafkan isterimu wahai suami.

Mungkin harini kau boleh guna ilmu iblis untuk jatuhkan orang. Tapi kau kena tahu kuasa Allah melebihi segalanya. Berhentilah tunduk dengan ajaran dan perjanjian jin dan iblis. Demi Allah, siapa pun punca, aku takkan halalkan dunia akhirat untuk perbuatan korang ni. Siapapun korang, semoga segera kembali ke jalan Allah. Tunggu la azab dekat akhirat nanti. Terima kasih atas petunjukMu ya Allah.

Selamat jalan anak ummi..
Aisyah Humaira Binti Muhamad Amirul Izzat
25/10/2019

Selamat tinggal baby bump ummi.

Selain tu, Farah turut menjelaskan bahawa kejadian ini bukan berpunca daripada keluarganya mahupun suami, namun seseorang yang dikenali.

Sumber: Farah Syazana

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.