Siakap Keli
Kredit: Astro Arena

(Video) Detik-Detik Serangan Gunting ‘Emas’ Pesilat Negara, Buat Lawan Berputar Atas Gelanggang

Pesilat negara, Zulfazly Zulfakar telah berjaya meraih emas dalam acara silat Sukan SEA Filipina 2019 bagi kategori Tanding Putra kelas D melalui teknik libasan gunting ’emas’ beliau yang membuatkan lawannya terkapai-kapai di gelanggang.

Zulfazly yang menewaskan peserta dari Indonesia menarik perhatian penonton dengan libasannya yang menumpaskan pesaingnya, Kusumah Hanifah dengan mata 3-2 semalam.

Aksi pesilat negara ini menggunakan teknik libasan gunting ’emas’ telah membuatkan warga maya teruja dan kagum dengan ketangkasannya di medan perlawanan.

Kepantasan beliau meraih pujian warga maya yang turut bangga atas pencapaiannya.

Tahniah

Padu!

‘Macam helikopter’

Sebelum ini, insiden yang menimpa pesilat negara, Muhammad Faizul Nasir ketika berentap dengan wakil Filipina telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia apabila beliau disepak di kepala oleh pesaingnya.

Beliau didakwa tidak sedarkan diri selepas perlawanan ditamatkan dan dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Mari kita saksikan detik keemasan libasan ‘maut’ pesilat negara, Zulfazly Zulfkar di arena Sukan SEA baru-baru ini.

Sumber: Sinar Harian, Astro Arena

Amira

Love yourself.