Siakap Keli

Suruh Pesakit HIV ‘Stop’ Ubat, Dr Amalina Persoal Gelaran ‘Doktor’ Individu

Setiap penyakit yang datang merupakan ujian yang diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia. Selain berdoa meminta kesembuhan, pesakit juga disarankan untuk mengambil ubat berdaftar serta rawatan supaya dapat sembuh daripada penyakit yang dihidapi.

Namun, lain pula di laman Twitter apabila seorang ‘doktor’ dipercayai telah meminta pesakit yang menghidap HIV untuk berhenti mengambil ubat.

Dakwa ‘doktor’ berkenaan, perubatan yang diamalkannya sememangnya wajib untuk ‘stop’ pengambilan ubat. Menurutnya, ia supaya kandungan ubat hospital tidak menganggu rawatannya.

“Dalam masa tujuh hari setelah stop ubat hospital kolestrol turun, kencing manis, darah tinggi takde”

“Perubatan saya memang wajib stop ubat hospital sebab taknak dadah dalam ubat tu ganggu ubat saya”

Walau bagaimanapun, isu ini telah mendapat perhatian daripada Dr. Amalina yang kini berkhidmat di salah sebuah hospital di London. Dr Amalina menerusi laman Twitter miliknya telah mempersoalkan ‘title’ doktor yang digunakan oleh individu berkenaan.

“Bagaimana insan ini boleh senang-senang sahaja guna title doktor ya ? “

Menerusi respon balas Dr Amalina, beliau memberitahu bahawa untuk menjadi seorang Neurologist (pakar neurologi), ia mengambil masa lebih daripada 10 tahun. Ia bermakna, tidak mudah untuk mendapatkan gelaran doktor.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga Twitter nyata berpihak kepada Dr Amalina yang turut mempersoalkan status doktor wanita berkenaan.

“Ianya sudah meluas tapi tiada tindakan. Saya rasakan dengan Tweet anda, pihak berkuasa akan melakukan sesuatu”

“Level putar belit dia..macam takde kaitan”

Sumber: Dr Amalina

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra