Siakap Keli
Kredit Foto: facebook Orang Kota Tinggi, viral media johor

(Video) Jalan Mula Dipenuhi Air Selepas Hujan Lebat, Viral Keadaan Kota Tinggi Di Johor Dilanda Banjir

Banjir yang melanda sekitar kawasan Kelantan dan Terengganu seakan telah reda. Namun, kawasan di sekitar Johor pula telah mengalami hujan lebat di beberapa kawasan.

Ekoran daripada hujan lebat yang melanda di negeri Johor, beberapa kawasan di sekitar Kota Tinggi Johor telah dilanda banjir pada pagi ini.

Beberapa video dan gambar telah dimuat naik di laman facebook oleh beberapa orang pengguna jalan raya mengenai banjir yang melanda kawasan berkenaan.

Kredit Foto: facebook Viral Media Johor

Menurut perkongsian di laman facebook Orang Kota-Tinggi mengenai banjir di Bandar Kota Tinggi pada pagi ini.

Kredit Foto: Orang Kota-Tinggi

Suasana di sekitar pusat bandar Kota Tinggi yang digenangi air setinggi 0.3 meter akibat hujan sejak malam tadi dan air pasang pagi ini.

 

Orang ramai yang melalui kawasaan yang dilanda banjir tersebut diminta berhati-hati supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

Sumber: Viral Media Johor, Bernama Tv, facebook Orang Kota-Tinggi

Siti Natrah Jusof