Siakap Keli
Kredit: Azwan

Kisah Perbandingan Cinta Jadi ”Trending” Di Twitter, Tweet Lelaki Ini Di Kubur Arwah Isteri Undang Rasa Sebak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semakin hari semakin sakit. Penulis teringat kata-kata seorang balu yang kehilangan suaminya dalam kemalangan jalan raya setahun yang lepas. Ya, kesedihan kerana kehilangan orang tersayang tak dapat diubati dengan masa.

Hanya doa yang menjadi penghubung antara dua dunia.

Sebak hati netizen melihat kekuatan seorang suami yang kehilangan isterinya ketika usia perkahwinan masih muda.

Azwan berkongsi gambarnya bersama allahyarham isteri tercinta, Nur Syamimi Alia Binti Mazlan ketika hari persandingan mereka – dan tapak persemadian arwah isterinya.

Senyuman yang diukir ibarat cuba menyembunyikan kesakitan dan kerinduan membuatkan netizen bergenang air mata.

Menurut Azwan, isterinya menderita kanser sejak tahun 2016, dua tahun sebelum mereka mendirikan rumah tangga pada 2018.

“Kami kahwin pada 18 Jun 2018. Sebab lagi senang saya nak jaga dia,” ujar Azwan.

Mereka yang dipertemukan di Mekah pada 2011 dahulu pada mulanya hanya berkawan biasa sehinggalah mereka mula berhubung lebih kerap pada 2016 ketika Azwan mula menjalankan latihan industri berdekatan tempat Syamimi melanjutkan pelajaran.

Perkongsian Azwan mengundang rasa sebak warga maya yang tumpang bersedih atas kehilangan orang tercinta.

Takziah, semoga bersatu kembali dan bergembira di alam abadi

Cinta hingga syurga

Cintanya kekal abadi walaupun jasadnya telah bersemadi

Antara senyuman terkuat pernah aku lihat

Tak dapat bayang duduk di tempat awak

Tak boleh ada syarat dalam mencintai

Perkongsian Azwan turut mendapat perhatian seorang dai selebriti, Wan Dazrin.

Semoga almarhumah Nur Syamimi Alia Binti Mazlan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan dilindungi dari seksa kubur. Aamiin.

Sumber: Azwan

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.