Siakap Keli

Harap Surau, Masjid Lebih Mesra Kanak-Kanak, Netizen Puji Kepetahan Nadzrul

Kita mungkin menganggap bahawa kanak-kanak merupakan golongan yang masih lagi tidak matang kerana faktor umur dan fizikal mereka yang tidak sama seperti orang dewasa namun ketahuilah ada sesetengah kanak-kanak yang telah matang dari segi pemikirannya.

Baru-baru ini, telah tular satu surat yang ditulis oleh seorang kanak-kanak kepada ahli surau yang menyuarakan kekecewaannya kerana dilarang solat di saf hadapan.

Surat itu dipercayai ditulis sejak dua tahun yang lalu namun kembali tular di laman media sosial sehingga mendapat perhatian daripada Mufti Wilayah Persekutuan.

Nadzrul Zarfan yang kini telah berumur 10 tahun juga dijemput untuk berjumpa dengan Mufti beberapa hari yang lalu.

Apa yang menarik perhatian netizen ialah karakter dan cara percakapan Nadzrul yang dilihat sangat matang serta berpendirian teguh.

Melalui satu kiriman di laman Twitter, tular video Nadzrul yang menjawab soalan wartawan dengan petah dan berkeyakinan.

Menerusi video itu, Nadzrul berharap agar surau dan masjid menjadi lebih mesra kanak-kanak dan tidak menghalau mereka ketika berada di saf hadapan.

Kebanyakan netizen kagum dengan personaliti Nadzrul dan berharap agar kanak-kanak itu akan menjadi insan yang hebat di masa hadapan.

Sumber: Mas Zharif Zhafri Abd Azid

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra