Siakap Keli

(Video) ”Rezeki Terakhir Ayah”, Dapat Anak Soleh, Jenazahnya Dimandi, Disembahyang, Dikebumi & Ditalkinkan Anak Sendiri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bapa merupakan orang yang banyak menabur jasa dalam kehidupan kita sebagai anak. Insan ini telah mengerah keringat tuanya demi memberikan kehidupan yang sempurna buat anak-anak.

Jadi sebagai anak wajarlah kita membalas segala jasa dan pengorbanannya di hari tua mereka ini. Bukan harta yang dipinta, hanya kasih sayang dan perhatian sudah cukup untuk membuatkan mereka tersenyum riang.

Seorang lelaki telah memuatnaik satu video di laman YouTube miliknya sendiri, Hamka Kereta Mayat yang memaparkan kisah mengenai rezeki yang diperolehi oleh bapanya sebelum, ketika dan selepas kematiannya.

Rezeki terakhir arwah ayah.

Sebotol air masuk ikut tangan. Habis sebotol, dan tukar botol baru, tak sempat habis, arwah telah pergi.

Rupanya rezeki terakhir arwah ayah bukan air itu sahaja.

Tapi rezeki ayah adalah meninggal dunia di hadapan anak anak, kiri kanan tangan di gengam anak-anak, kiri kanan kaki di gosok anak anak. Di telinga pula kiri kanan di baca yassin dan bergilir gilir di ajar kalimah Tauhid.

Rezeki ayah tak berhenti di situ, anak lelakinya seramai enam orang, mandikan jenazah ayah, abang sulung dan nombor dua mandikah kepala ayah, anak nombor tiga meriba badan ayah, nombor empat, meriba punggung ayah, saya meriba kaki ayah, dan yang lain menyiram dan menggosok badan ayah.

Ayah mandi buat kali terakhir di ribaan anak anak.

Rezeki ayah bertambah lagi kerana di imani solat jenazah oleh anak nombor dua, dikubur talkin oleh anak nombor tiga, dan tiga malam tahlil diketuai oleh anak-anak secara bergilir gilir.

Malam tadi anak saya baca yassin, katanya untuk arwah datuk.

Sungguh rezeki ayah saya belum berhenti.

Dan benar kata ulamak, rezeki terbesar selepas mati adalah doa dari anak yang soleh.

Semoga kita semua dikurniakan nikmat ini.

Ayah, mekar rindu dari jauh. Balik kampung tak akan pernah sama lagi…

Sob..sob..

Ps: Mekar adalah nama manja saya yang arwah ayah berikan waktu kecik dan melekat sampai sekarang. Dan cintaku pada arwah ayah dan ibu, sentiasa mekar. Woha!

#mengetehdikuburayah

Sumber: facebook Hamka Kereta Mayat, Youtube Hamka Kereta Mayat

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.