Siakap Keli

Elak Tampal Kertas Hiasan Pada Peti Sejuk, Risiko Undang Kebakaran- PDRM

Peti sejuk merupakan peralatan elektrik di dapur yang memudahkan kita uuntuk menyimpan barangan basah serta sayur-sayur.

Peti sejuk ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk, warna dan saiz.

Kebiasaanya, suri rumah akan menghiasi peti sejuk dengan magnet, kertas tampal dan sebagainya bagi tujuan dekorasi.

Namun begitu tindakan memasang kertas dinding pada peralatan elektrik khususnya, peti sejuk boleh mengundang bahaya kebakaran, seperti yang dilaporkan oleh laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tambahan pula, kertas dinding tersebut adalah bahan mudah terbakar, ia akan meningkatkan risiko berlakunya kebakaran jika berlaku litar pintas atau sebagainya.

Selain haba tidak dapat dibebaskan dengan baik, tindakan itu juga dapat mengurangkan keberkesanan dan memendekkan jangka hayat sesebuah peralatan elektrik.

Sumber : Public Health Malaysia

Nurul Alia Ali

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.