Siakap Keli

Polis Marin Kudat Bersama Jabatan Perikanan Meneruskan Pemantauan Ikan ‘Bom’ Di Pasaran

KUDAT- Sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat dan Jabatan Perikanan telah menjalankan satu operasi “Ops Bersepadu Inter Agensi” awal pagi semalam di Pasar Ikan Kudat.

Menurut Mohamad Pajeri Ali, Komander pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah operasi yang bermula dari jam 8.00 pagi itu telah disertai seramai tujuh orang anggota daripada Jabatan Perikanan Kudat.

“Operasi itu dilaksanakan bagi mengesan aktiviti-aktivi yang menyalahi undang-undang dibawah Akta Perikanan”, katanya.

Gambar: Pasukan Polis Marin
Gambar: Pasukan Polis Marin

Tambahnya lagi, operasi ini juga dapat menimbulkan rasa takut kepada nelayan-nelayan yang beroperasi daripada melakukan aktiviti sedemikian yang boleh menjejaskan kawasan perairan di Kudat terutamanya ikan bom dipasaran.

Tiada sebarang pelanggaran undang-undang Berkenaan Akta Perikanan 1985 berlaku sepanjang operasi dilakukan.

Operasi bersepadu diantara kedua-dua agensi ini amat perlu dipergiatkan lagi dan diteliti dari masa kesemasa bagi mengurangkan lagi kesalahan kesalahan seperti ini. Kerjasama antara dua pihak ini perlu diteruskan dan diperkukuh dalam sama sama menjaga ketenteraman kawasan perairan di Kudat.

Sumber: Pasukan Polis Marin

Zetty Amelia