Siakap Keli
Kredit: Predirick B. Valenzuela

Walau Cuma Lari Dengan Pembalut Kaki Siap Berlogo Nike , Atlet Cilik Berjaya Bolot 3 Pingat Emas

Seorang atlet muda di Filipina membuktikan kemampuannya bukanlah pada kasut, tapi pada kelajuan kakinya memecut.

Rhea Ballos, 11 merupakan seorang pelajar di Sekolah Rendah Salvacion di Balasan, Iloilo, Filipina yang menyertai acara sukan antara sekolah di sana.

Dalam pertandingan tersebut, Rhea hanya membalutkan kakinya dengan kain pembalut (bandage) yang dilukiskan logo jenama terkenal Nike di atasnya.

Bandage tersebut dibalut kemas di kakinya, menghasilkan lapisan perlindungan daripada permukaan kasar trek.

Biarpun hanya berkasutkan bandage, Rhea berjaya mengalahkan para pesaingnya yang memakai kasut sukan sebenar.

Bahkan, beliau telah membolot tiga pingat emas masing-masing dalam acara pecut 400 meter, larian 800 meter dan larian 1500 meter perempuan.

Gambar beliau telah dikongsikan seorang pengguna Facebook, Predirick B. Valenzuela pada 9 Disember lalu serta mendapat respon positif warga maya.

“Tolong tag Nike untuk beri dia kasut sukan baru,” tulis Nogi R Tan pada kiriman tersebut.

Bakat cemerlang Rhea turut mendapat perhatian ketua pelatih Alaska Aces, Jeffrey Cariaso yang cuba untuk mendekatinya untuk menghulurkan sokongan.

Sumber: Predirick B. Valenzuela, Next Shark

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.