Siakap Keli

Bapa Paksa Anak Mengemis Gara-Gara Berang Tak Siapkan Kerja Sekolah

Kita semua pasti pernah tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru-guru atas pelbagai alasan yang terkadang tidak munasabah dan kita pasti akan dikenakan dengan pelbagai jenis hukuman.

Kerana sebab yang sama, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ditemui sedang mengemis di stesen kereta api Shanghai gara-gara ditinggalkan oleh ayahnya sebagai hukuman tidak menyiapkan kerja sekolah.

Pihak polis yang menemui kanak-kanak itu berkata, mereka menerima panggilan pada pukul 4.45 pagi yang melaporkan bahawa ada seorang budak lelaki bersama beg sekolah di lututnya dan meminta makanan pada selasa lalu.

“Ayah saya memberikan mangkuk dan menyuruh saya berlutut serta mengemis sebagai hukuman,” katanya.

Ditanya sama ada bapanya itu mabuk, kanak-kanak tersebut menafikannya.

Pegawai polis membawanya ke balai polis dan memberikannya minuman panas dan biskut serta menghubungi ibunya yang tiba sejam selepas itu.

Ibunya berkata bahawa suaminya sangat kesal dengan anaknya yang selalu tidak menyiapkan kerja sekolah namun dia juga tidak bersetuju dengan tindakan lelaki tersebut.

Pihak polis berkata bahawa kanak-kanak tersebut tidak sepatutnya dihukum dengan memaksa mereka mengemis kerana ia boleh menjejaskan keyakinan diri mereka serta mengganggu ketenteraman awam.

Sumber: South China Morning Post

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra