Siakap Keli

(Video) Dipercayai Kerana Litar Pintas, Viral Percikan Api Besar Hasilkan Bunyi Meletup Kuat

Satu kejadian litar pintas didakwa berlaku di sebuah rumah di Taiping sehingga menghasilkan bunyi letupan dan percikan api yang agak besar yang boleh membahaya keselamatan penduduk setempat dan orang ramai.

Kejadian ini dilaporkan menerusi satu rakaman video pendek dirakam oleh pemilik asal video, Umi Selama.

Pasukan bomba dan penyelamat telah sampai ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan dan memastikan kawasan sekitar dalam keadaan selamat.

Menerusi rakaman video tersebut, bunyi letupan yang agak kuat beserta percikan api besar telah berlaku ketika kejadian tersebut. Hal ini boleh membahayakan keselamatan orang ramai dan boleh menyebabkan berlakunya kebakaran.

Sumber: Umi Selama

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.