Siakap Keli
Kredit: Google/Ammar Kamar

”Demand” Bayaran RM10k & Minta Soalan Bocor, Alasan Antivaksin Bila Diajak Berdebat Di Kaca Tv

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Vaksin telah difatwakan wajib oleh Mufti negara, namun ada sesetengah pihak yang menganggap diri mereka lebih berilmu daripada mufti dan pakar perubatan mengetepikan fatwa tersebut atas alasan yang rapuh.

Berikut adalah sebahagian petikan Bayan Linnas siri ke-167 berkenaan hukum pengambilan vaksin;

“Bahawa pengambilan vaksin berjadual mengikut Program Imunisasi Kebangsaan adalah wajib ke atas ibu bapa untuk anak-anak mereka.

“Ibu bapa dan penjaga yang lalai daripada kewajiban ini adalah berdosa apabila anak-anak mereka dijangkiti penyakit berjangkit yang boleh dielakkan. Sekiranya penyakit berkenaan membawa mudarat kepada orang lain kerana kecuaian ibu bapa, atau pejaga, tersebut, maka mereka mendapat dosa yang lain.

“Kami mengesyorkan Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan pengambilan vaksin bagi kanak-kanak pada peringkat Kerajaan Persekutuan.”

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

“Vaksin senjata Yahudi”

Antara dakwaan mereka ialah vaksin merupakan senjata Yahudi, alat meraih keuntungan ahli perubatan dan mendedahkan anak-anak kepada kesan sampingan yang serius.

Hal ini membuatkan orang ramai tidak tahan dengan sikap sombong mereka yang tidak mahu mengambil kira pandangan ilmuan.

Terbaru, seorang wanita didakwa ‘tokoh’ antivaksin dijemput untuk muncul dalam sebuah program televisyen berkenaan virus polio dan vaksin.

Namun, permintaan wanita itu dianggap tidak munasabah kerana meminta bayaran sehingga RM10 ribu dan meminta skrip soalan terlebih dahulu.

Hal ini telah dikongsikan oleh saudara Ammar Kamar, salah seorang ahli farmasi yang aktif menentang dakyah antivaksin.

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Dijemput untuk berbincang mengenai polio

Berikut adalah perkongsian Ammar.

Keratan gambar ini merupakan rangkuman perbualan antara pihak rancangan TV yang berhasrat untuk panggil tokoh antivaksin ini untuk buat pencerahan di kaca tv.

Tak sangka, selain berpesta gembira dengan kes polio yang melanda, antivaksin juga giat memperagakan kedangkalan di khalayak umum. Bukan aku curi-curi tau gambar ni, depa yang tayang gambar ni sendiri.

Beb. Meh aku cerita.

Dulu masa Analisis bersama Finaz Yunus buat liputan pasal vaksin, kita semua tahu ketika itu tokoh antivaksin telah digoreng dengan hangitnya sehingga paksa rela mengaku bahawa vaksin itu bagus.

Ada satu isu ketika itu, bukan main kecoh kononnya pihak Analisis dituduh berat sebelah sebab memberikan soalan terlebih dahulu kepada pihak yang mengajak kepada kesihatan.

Alih-alih memang tak ada soalan bocor pun sebenarnya. Dan semua panelis Analisis sebelum ni pun dah tahu benda ni. Tapi depa bukan main nak berdolak dalik. Mitos, pathetic, penuh alasan.

Kesian mereka, hancur berkecai modal untuk mempertahan hero antivaksin mereka setelah digoreng oleh Datuk Dr. Musa Nordin di hadapan kaca jutaan penonton.

Kredit: Dictionary.com

Minta soalan bocor

Tapi kali ini lebih istimewa, mereka directly minta soalan terlebih dahulu.

Kena dua hari awal! Kalau sehari tak sempat cari jawapan!

Haha! Dah macam budak-budak SPM nak addmath markah 30% lulus. Malu beb. Aku tak tak tahu nak kata apa.

Ingat kawan-kawan, dalam aku asyik bercerita ni, mereka bangga tau tunjuk benda-benda ni.
Tepuk dahi sampai hematoma.

Tak boleh tanya soalan baru

Belum habis lagi tu, dia tak bagi juga soalan baru untuk ditanya!

Wey!
Kau bayangkan jap.

“Okay kita ada pemanggil pertama untuk ajukan soalan, emm hello siapa di sana?”

Tiba tiba antivaksin mencelah.

“Tak boleh tanya soalan ya, boleh tanya khabar saja.”

Kau orang nampak tak level depa?

Ape kejadah ‘berilmu’ tapi tak dapat bagi jawapan on the spot!

Aku tengok Amirul Amzar muka paling selamba badak jawab soalan dari pemanggil dalam slot slot yang dia on air, LIVE.

Pelikkan?

Atas keyboard bukan main tegap berdiri macam Mel Gibson dalam Braveheart, tetapi hakikatnya hanyalah penakut ibarat itik bertaji.

Bab slide show tu bagi je lah chance. Biarlah depa habiskan masa dengan powerpoint 2 3 malam. Tapi jangan pakai comic sans tau, buruk slides nanti.

Minta RM10k

Aha bab paling menarik. 10k.

Ahaha aku hanya boleh gelak saja. 10k untuk ilmu yang tak benar? Kau orang nampak atau tak ni?

Kami yang tulis bagai nak rak bagi kesedaran kesihatan, satu sen pun tak pernah minta kat siapa-siapa. Tak pernah harapkan pun siapa-siapa bayar.

Kredit: Ammar Kamar

Depa? 10k terus wey.

Ini memang dasar muka tembok simen padat cengkam tak boleh alih punya.

Kalau rasa ilmu tu betul, kenapa perlu bayar? Bukankah tanggungjawab anda untuk menyebarkan kebenaran? Tak sangka ilmu mereka harga 10k saja.

Kau orang rasa siapa yang sebenarnya hamba duit? Kau orang nilailah sendiri. Kalau tak faham juga, nanti aku bagi slides powerpoint. Gurau.

Senang cerita, takyah dengar lah hujah orang yang perlekehkan pandangan mufti. Itu paling clear.

Sumber: Ammar Kamar

Amira

Love yourself.