Siakap Keli

Kerap Sakit Kepala & Sawan, Rupanya Otak Pemuda Ini ‘Dihuni’ Beratus-Ratus Cacing Pita

Seorang lelaki China berusia 46 tahun telah dimasukkan ke hospital kerana makan daging yang kurang masak sehingga menyebabkan terdapat beratus-ratus cacing pita di dalam otaknya.

Lelaki berkenaan telah melakukan MRI scan di Hospital Perubatan Kolej Perubatan Pertama di Universiti Zhejiang dan mendapati beratus-ratus cacing pita di dalam otaknya yang dikenali sebagai neurocysticercosis, menurut CNN dan laman berita China Pear Video.

Lelaki berkenaan dimasukkan kehospital kerana mengalami sakit kepala dan sawan yang berulang kali.

Dia telah memberitahu doktor yang merawatnya bahawa dia ada makan daging babi dan kambing yang belum pasti masak atau belum di dalam hotpot dengan kuah yang pedas.

Ekoran daripada kuah yang pedas dan bewarna itu telah menyukarkannya untuk mengenal pasti bahawa daging tersebut telah masak ataupun belum.

Dia juga telah melakukan scan di bahagian paru-paru dan jantungnya dan mendapati ianya turut dihuni oleh cacing pita tersebut.

Lelaki berkenaan telah berjaya dirawat, namun belum pasti ianya akan meninggalkan kesan kepada kesihatannya pada masa hadapan ataupun tidak.

Menurut WHO, Neurocysticerosis berasal daripada daging yang tidak masak ataupun babi yang telah dijangkiti.

Ianya boleh dijangkiti oleh manusia dengan termakan daging berkenaan sehingga menyebabkan telur cacing itu membiak di bahagian otak manusia.

Cacing pita tersebut juga boleh membiak sehingga 2 hingga 3 tahun jika tidak dirawat, menurut WHO lagi.

Sumber: usatoday.com

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.