Siakap Keli
Kredit: Google

Nama ‘Muhammad’ Jadi Antara Nama Top10 Bayi Lelaki Di Amerika 2019

Pemilihan nama merupakan salah satu aspek terpenting dalam menyambut kelahiran orang baru. Setiap ibu bapa pasti memikirkan nama-nama yang indah dan bermakna untuk diberikan kepada anak tersayang. Bahkan, ramai yang sudah mula memikirkan nama sejak awal usia kehamilan.

Buat pertama kali dalam sejarah, nama Muhammad terpilih dalam 10 nama bayi paling popular di Amerika Syarikat.

Sering dikenali sebagai negara yang mempunyai pemimpin anti-Islam dan masih ramai rakyatnya yang Islamofobia, fakta dari Baby Center yang dikongsikan CNN ini pastinya membuka mata.

Menurut Baby Center, nama Arab ini sememangnya antara nama paling popular di dunia.

Malah, popularitinya meningkat naik tahun demi tahun di dalam pangkalan data mereka.

Gambar hiasan. (Kredit: Mother & Baby)

“Keluarga bukan Islam mempunyai senarai nama tanpa batas untuk mereka pilih, manakala bagi keluarga Muslim, tradisi amat penting termasuk menamakan anak lelaki dengan nama nabi.

“Bahkan, nama yang cukup popular ini turut diringkaskan menjadi Md., Mohd., atau Muhd,” tulis laman tersebut.

Baby Center telah mengeluarkan senarai nama bayi paling popular berdasarkan data yang dikongsikan oleh lebih 600,000 ibu bapa kepada laman itu.

Dalam senarai berkenaan, nama Sophia dan Liam mendahului carta nama paling popular bagi bayi perempuan dan lelaki, diikuti Olivia dan Jackson serta Emma dan Noah.

Nama Arab yang tersenarai adalah Muhammad bagi lelaki dan Aaliyah bagi bayi perempuan.

Berikut adalah senarainya.

Sumber: Baby Center, CNN

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.