Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ozil Suarakan Nasib Etnik Uyghur, China Batal ”Live” Arsenal Vs Man. City Tengah Malam Ini

Aqmal Ezany

Kelab gergasi bola sepak Liga Perdana Inggeris, Arsenal menerima tamparan hebat selepas salah seorang pemain bintangnya meluahkan kekecewaan berkenaan dengan penindasan yang berlaku ke atas etnik uighur di China.

Menurut Bloomberg, salah satu saluran televisyen yang dimiliki oleh negara China mengambil keputusan untuk tidak menyiarkan perlawanan di antara Arsenal dan Manchester City yang bakal berlangsung tengah malam ini waktu Malaysia kerana tindakan yang dibuat oleh pemain Arsenal tersebut.

Sebaliknya, slot rancangan yang sepatutnya menyiarkan perlawanan tersebut akan digantikan dengan siaran ulangan perlawanan di antara Tottenham Hotspur dan Wolverhampton Wanderers.

Perkara yang sama turut pernah berlaku beberapa bulan lepas kepada beberapa perlawanan bola keranjang liga NBA selepas pengurus besar Houston Rocket bertindak mempertahankan penunjuk perasaan pro-demokrasi di Hong Kong.

Difahamkan, Arsenal kini sedang meneliti semula kenyataan yang dikeluarkan oleh Mesut Ozil sama ada akan menyebabkan kesan yang lebih buruk atau tidak.

Dalam perkongsian yang dikongsi Ozil menerusi akaun Twitter dan Instagram rasminya, Ozil menyatakan kekecewannya terhadap dunia Islam yang didakwa berdiam diri dengan penindasan yang ditanggung oleh etnik Uighur di China.

Arsenal dalam pada itu mengeluarkan satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial China, Weibo mengenai luahan yang dikeluarkan oleh pemainnya itu.

Menurut pihak Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih daripada 10 ribu etnik Uighur dipercayai telah ditahan. Negara China walau bagaimanapun sehingga kini didakwa masih lagi menafikan dakwaan berkenaan penahanan dan penindasan yang berlaku ke atas etnik Uighur di negara itu.

Sumber: Bloomberg