Siakap Keli

Tak Lap Susu Meleleh, Bahagian Hidung Bayi ‘Diserang’ Tikus Sampai Nampak Tulang

Bayi berusia tiga bulan di China terpaksa menanggung derita apabila dipercayai digigit tikus pada bahagian hidungnya. Menurut laporan media tempatan, bayi tersebut mengalami lebih daripada 100 luka diwajahnya terutama di bahagian hidung.

Sebelum kejadian itu, ibu bapa kepada bayi tersebut telah memberikannya susu sebelum meninggalkan bayi perempuan itu di dalam bilik sendirian. Pasangan ibu bapa itu telah meninggalkan bayi tersebut tanpa menyeka susu yang terdapat pada mukanya. Kira-kira 10 minit, kedengaran bayi tersebut mula menangis keseorangan di dalam bilik.

Gambar: Kunming TV

Alangkah terkejutnya ibu bapa bayi tersebut selepas mendapati anak mereka itu telah ‘diserang’ oleh tikus dengan kesan gigitan dan darah pada wajah. Mereka juga mendapati bahagian hidungnya menampakkan tulang.

Ekoran insiden itu, ibu bapanya segera membawa bayi itu ke hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan. Menurut doktor, kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak itu mengambil masa yang agak lama untuk pulih.

Gambar: Kunming TV

Disebabkan keadaannya yang semakin teruk, bayi itu telah dipindahkan ke hospital yang lebih besar kerana kekurangan peralatan perubatan. Di sana, dia menerima jahitan dan suntikan rabies.

Sumber: Asia One

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra