Siakap Keli

“Menolak Sepenuhnya Adalah Tidak Adil Bagi Kami,” – Pengasas Aplikasi Sugarbook

Media sosial kini kecoh dengan perdebatan mengenai iklan yang didakwa berunsur lucah yang dipasang secara terbuka di papan tanda besar ibu kota. Iklan yang merupakan aplikasi mencari pasangan di alam maya itu dipercayai dipasang di kawasan Bangsar dan Sri Hartamas.

Pelbagai spekulasi yang timbul malah ada yang mempertikaikan mengenai kelulusan iklan aplikasi berkenaan. Melalui satu hantaran di Twitter, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menyatakan bahawa iklan tersebut telah diturunkan.

Ekoran perkara ini telah mendapat perhatian ramai, pengasas bagi aplikasi berkenaan telah bersuara melalui perkongsian di laman Facebook miliknya.

Terangnya dalam perkongsian itu, mereka berharap agar orang ramai memahami pembinaan platform itu adalah untuk memperkasakan wanita dalam mendapatkan perhubungan yang diingini.

Sugar Babies bukanlah pekerja seks yang haram. Mereka tidak menjual badan mereka untuk mendapatkan wang.

Tambahnya lagi, pihak Sugarbook yakin bahawa orang ramai mempunyai niat yang baik. Namun untuk menolak sepenuhnya adalah tidak adil bagi mereka.

Walaupun kami percaya niat orang ramai adalah baik, namun untuk menolak sepenuhnya adalah tidak adil bagi. Pada akhirnya, kita takut permintaan ini akan melemahkan kebebasan rakyat Malaysia.

Sumber: Darren Chan

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra