Siakap Keli

Ramai Tak Tahu Perubahan Kuku Mungkin Beri Petunjuk Ada Masalah Pemakanan, Hati Atau Buah Pinggang

Masalah kuku sebenarnya boleh menjadi petunjuk kepada keadaan kesihatan anda. Masalah ini mungkin merupakan berpunca daripada jangkitan atau radang kulit yang lain.

Beberapa gejala biasa termasuk perubahan pada perubahan warna, kecacatan, penebalan dan kuku rapuh. Sesetengah kes mungkin menunjukan perubahan pada kuku seperti akan timbul bintik kuning, putih, hitam atau coklat. Namun begitu terdapat juga sesetengah kes yang menunjukkan garis gelap pada kuku.

Jangkitan kulat adalah penyebab utama kepada kerosakan kuku atau dikenali sebagai onychomycosis.

Perubahan pada kuku mungkin menunjukkan masalah pemakanan, hati atau buah pinggang. Melanoma Acral adalah bentuk kanser kulit yang agresif yang memperlihatkan bintik-bintik atau garis gelap yang mempengaruhi keadaan kuku.

Faktor risiko jangkitan kuku juga boleh membawa kepada sistem imun yang lemah, ekzema atopik atau psoriasis, kencing manis, peredaran darah yang kurang baik.

Masalah jangkitan onychomycosis ini boleh dirawat dengan menggunakan agen topikalĀ  seperti lacquer amorolfine dan agen sistemaik yang termasuk terbinafine, itraconazole dan fluconazole.

Malah jangkitan seperti itu juga dapat dirawat dengan menggunakan langkah-langkah konservatif seperti memotong kuku dan penjagaan kuku yang baik.

Bagi mereka yang mengidap penyakit kencing manis lebih berisiko untuk mendapat komplikasi yang series oleh jangkitan itu. Oleh itu, penjagaan kuku penting bagi mengelakan berlaku jangkitan.

Sumber: Hello Health Group

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)