Siakap Keli

“Tapi Bila Sampai Tahap Perlekeh,” Doktor Kecewa Dakwa Golongan Anti Vaksin Tak Hormat Kredibiliti Mufti Wilayah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Isu vaksin menjadi satu topik yang tidak pernah surut, ia akan sentiasa menjadi bualan ramai. Hal ini ditambahkan lagi dengan golongan anti vaksin yang tetap teguh menolak untuk menggunakan vaksin walau berhadapan dengan golongan profesional iaitu doktor yang sudah tentu mengetahui tentang keburukan tidak memberikan vaksin kepada anak-anak.

Bukan sahaja doktor, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, juga pernah mengeluarkan fatwa bahawa vaksin boleh diambil bagi mengelakkan kemaslahatan dalam kalangan masyarakat.

Namun, golongan anti vaksin ini tetap mempertahankan ‘ideologi’ mereka sehingga ada di antara mereka yang tidak menghormati Mufti.

Kecewa dengan keadaan ini, seorang doktor perubatan, Amirul Azmeer Asmadi, memuatnaik satu coretan di Facebook miliknya yang sedih melihat golongan anti vaksin yang memperlekeh dan merendah-rendahkan kredibiliti mufti.

Sedih sangat bila baca komen golongan anti-vaksin/pro-choice mengenai fatwa vaksin yang dikeluarkan Mufti.

Kalau tak nak terima vaksin boleh tahan lagi, tapi bila sampai tahap memperlekeh & merendah-rendah kredibiliti Mufti, itu yang makin menyedihkan hati kita.

Mungkin mereka tak tahu bahawa Mufti mengeluarkan hukum berdasarkan kepentingan rakyat secara menyeluruh. Bukan untuk kepentingan individu yang berskala kecil. Seperti yang disebut oleh kaedah fiqh,

تصرف الإمام على رعية منوط بالمصلحة.

“Hukum yang dikeluarkan oleh pemerintah ke atas rakyat perlu mengambil kira maslahat (rakyat yang berada di bawah tanggungannya).”

Bukan boleh buat fatwa based on satu-satu individu sahaja. Tapi kena ambil kira keadaan KESELURUHAN negara. Sebab itu pendapat Mufti lebih banyak yang menjurus ke arah ‘prevention’. Dalam kaedah fiqh ia disebut sebagai سد الذرائع.

“Menutup pintu-pintu mudarat.”

Sebelum lebih banyak kerosakan yang tercetus, pintu-pintu kerosakan yang boleh terbuka itu perlu ditutup serapat-rapatnya bagi membendung masalah yang lebih besar daripada berlaku. Kerana mudarat yang ada mestilah dihapuskan. الضرر يزال. Sehinggakan kalau ada kebaikan yang kecil sekalipun hasil daripada menolak vaksin, keburukan yang muncul hasil daripada kesan menolak vaksin itu tetap terlebih awla (utama) untuk disekat.

درء المفاسد مقدم على جلب المصالح.

“Menolak mafsadah itu lebih utama daripada memperoleh maslahah.”

Sebab itu prinsip yang selalu sangat ditekankan,

الوقاية خير من العلاج.

“Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.”

“Prevention is better than cure.”

Namun selepas Mufti dah terangkan panjang lebar beserta berpuluh-puluh dalil agama & hujah yang disertakannya, golongan anti-vaksin/pro-choice ini tetap akan kata, “Tak apa, itu sekadar pendapat peribadi dia sahaja. Mufti lain, ada pendapat lain lagi. Kita pilih saja mana yang kita rasa paling tepat.”

Mungkin mereka lupa bahawa Mufti-Mufti lain pun ramai juga yang sependapat dengan al-Fadil SS Mufti Wilayah ini sebenarnya. Antaranya:

1. Mufti Perak.
2. Mufti Kelantan.
3. Mufti Terengganu.
4. Mufti Perlis.
5. Mantan Mufti Mesir.
6. Kesatuan Ulama Muslim Afrika.
7. Dar al-Ifta (Lajnah Fatwa Mesir).
8. Mantan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia.

Dan pandangan ulama-ulama besar ini saya dah pernah ulas panjang dalam tulisan sebelum ini: https://www.facebook.com/100001227871204/posts/2275042725879968/?d=n

Tapi itulah, teranglah panjang mana pun, akan ada juga golongan yang tetap cuba mendahulukan pendapat diri mereka berbanding kata-kata ulama.

Mereka tetap akan bagi berbagai-bagai alasan lain lagi untuk menjustifikasi pegangan diri sendiri. Walaupun ulama-ulama yang jauh lebih besar ilmu mereka daripada kita sudah penat berbuih-buih mengatakan pendapat yang berbeza.

Bimbang sangat kita terjatuh dalam kelompok ‘Ruwaibidah’ yang diberi amaran oleh Nabi SAW sebenarnya. Seperti hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah RA:

سَيأتي على الناسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ ، يُصَدَّقُ فيها الكَاذِبُ ، و يُكَذَّبُ فيها الصَّادِقُ ، و يُؤْتَمَنُ فيها الخَائِنُ ، وَيُخَوَّنُ فيها الأَمِينُ ، ويَنْطِقُ فيها الرُّوَيْبِضَةُ . قيل : وما الرُّوَيْبِضَةُ ؟ قال : الرجلُ التَّافَهُ ، يتكلَّمُ في أَمْرِ العَامَّةِ

Maksudnya: “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipudaya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah.

Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibidah. Baginda SAW ditanya : Siapakah golongan al-Ruwaibidah ? maka baginda SAW menjawab : Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar”.

Imam al-Syatibi rahimahullahu ta’ala ketika mensyarahkan mengenai makna “Ruwaibidah” ini di dalam kitabnya al-‘Itisham menyebutkan, makna “Ruwaibidah” ialah “Orang yang bodoh & keji bercakap berkaitan perkara umum sedangkan dia bukan ahli dalam perkara tersebut tetapi masih ingin bercakap mengenainya.” [al-‘Itisham, 3:100]

Takut sangat kita ‘termasuk’ dalam kelompok tersebut tanpa kita sendiri sedar sebenarnya.

Maka kalau anda terjumpa golongan seperti ini di luar sana, hati-hatilah ya. Fakta-fakta doktor boleh dipusing sesuka hati. Dan kata-kata ulama boleh ditolak sesuka hati.

Kalau anda tak nak hormatkan doktor yang ahli dalam bidang perubatan sekalipun, tolonglah hormat ulama-ulama & mufti-mufti kita yang lebih berautoriti (ahli) dalam bidang agama.

Moga-moga Allah SWT lindungi kita semua daripada termasuk dalam kalangan Ruwaibidah.

Amirul Azmeer Asmadi,
اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وأرنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه.

Coretan ini juga mendapat perhatian netizen dan kebanyakan daripada mereka juga bersetuju bahawa golongan anti vaksin telah keterlaluan dalam menyuarakan pendapat.

Sumber: Amirul Azmeer Asmadi

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra