Siakap Keli

Mitsui Outlet Buat Sale Sampai 90%, Ada Juga Jenama-jenama Hebat Seperti Adidas, Puma, Skechers Dan Banyak Lagi

Biar betul, diskaun sampai 90%? Iya betul, korang tak salah baca. Kat Mitsui Outlet Park KLIA Sepang sekarang ni tengah berlangsung Christmas Sale sehingga 90 peratus! Banyak produk yang dicantas harga dengan diskaun istimewa. Rugi kalau tak pergi. Bukan tu je, korang boleh..

.. Shopping sampai tengah malam

Krismas dah nak tiba, tapi hadiah tak beli lagi?

Jangan risau, korang boleh shopping pelbagai barangan berjenama sampai 12 tengah malam pada 20 dan 21 Disember ini dengan diskaun serta tawaran eksklusif di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, antaranya..

Adidas..

Beauty Scents..

Calvin Klein..

Puma..

Menang kereta

Selain tu, korang juga berpeluang untuk menangi kereta tau. Bukan satu, tapi DUA buah kereta ditawarkan untuk korang! Dengan pembelian sekurangnya RM300, korang berpeluang membawa pulang Toyota Avanza dan Toyota Yaris. Lagi banyak korang berbelanja, lagi tinggi peluang untuk menang.

Pertandingan ni sampai 1 Januari je tau, jadi cepat-cepat serbu Mitsui Outlet Park KLIA Sepang okayy. Mana tahu, kedua-dua kereta tu jadi milik korang nanti, kan?

Pesta kasut di Tropical Plaza, GF

Kasut pelengkap fesyen. Kat Mitsui Outlet Park KLIA Sepang ni, korang boleh cari kasut idaman dari jenama Clarks dan Skechers dengan diskaun yang hebat tau.

Bermula 18 Disember hingga 1 Januari akan datang, korang berpeluang dapatkan kasut Skechers dengan diskaun hingga 50%. Nak lagi? Korang boleh dapat diskaun tambahan 5% bila membeli 3 pasang kasut dan tambahan 10% bila korang beli 5 pasang kasut.

Haa.. apa lagi? Ajaklah kawan-kawan serbu kedai ni!

Eh, bukan tu saja. Clarks pun ada buat sale tau dari 24 Disember sampai 5 Januari depan. Korang boleh beli kasut wanita pada harga berpatutan RM160, kasut lelaki pada RM180 dan kasut kanak-kanak pada harga RM60. Berbaloi kan?

Sudahlah harga berpatutan, dapat lagi baucer tunai dengan pembelian RM500 dalam satu transaksi. Ada hadiah misteri lagi pada waktu happy hour. Bestnyaa lah kan.

Anak bosan berjalan? Jangan risau, Outdoor Polar Snow Playland kan ada

Bila membeli-belah dengan keluarga, pasti ada babak-babak anak kecil mula bosan. Iyalah, mak ayah masing-masing fokus cari barang idaman masing-masing.

Tapi jangan risau, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang dah jangkakan situasi ni. Sebab itu, anak-anak korang boleh main dekat Outdoor Polar Snow Playland.

Main salji sebenar..

Apa yang paling best kat sini, anak-anak korang boleh main salji sebenar tau! Mereka boleh main permainan menarik dan papan gelongsor pada suhu -5 darjah selsius. Tak payah pergi luar negara, pergi je ke Pintu Masuk 4, berhampiran Restoran Gao! Gao! Tiket cuma RM20 sahaja. Sangat berbaloi untuk pengalaman yang menyeronokkan ni.

Pose, snap dan menang baucer RM100

Wah, dengan posing pun boleh menang baucer bernilai RM100? Macam mana tu?

Senang je caranya. Korang ambil je gambar dengan pose paling menarik di Mitsui Park Outlet KLIA Sepang Mirror Light Room, muat naik ke sosial media dengan tanda pagar #MOPPOSE dan anda berpeluang memenangi baucer membeli belah bernilai RM100.

Peraduan hingga 9 Februari 2020. Pastikan pose anda paling menarik untuk jadi antara 20 pemenang tau. Semoga berjaya!

Spin & Win

Dengan hanya RM50 satu resit, korang layak sertai Spin & Win dan berpeluang menangi hadiah menarik dari Mitsui Outlet Park KLIA Sepang antaranya baucer membeli belah, bagasi, jam mewah dan banyak lagi!

Tawaran ni bakal menanti korang bermula 23 Disember ini sampai 1 Januari 2020.

Poskad percuma

Sapa tak suka barang percuma kan? Menariknya bagi korang yang berkunjung ke Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, korang berpeluang mendapat Polar Christmas Postcard apabila berbelanja minimum RM150.

Sudahlah kadnya pun cantik-cantikk.

Jadi apa tunggu lagi, cepat-cepat ajak kawan serbu Mitsui Outlet Park KLIA Sepang minggu depan.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari Facebook, Instagram dan laman web Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. Jangan lepaskan peluang!

Amira

Love yourself.