Siakap Keli

‘Influencer’ Facebook Dan Instagram Diharamkan Promosi Iklan Vape, Tembakau Dan Senjata – Laporan

Influencers dilihat sebagai orang paling berpengaruh dalam media sosial sehingga apa sahaja yang dilakukan mereka menjadi ikutan terutamanya golongan muda.

Terbaru, media melaporkan bahawa Instagram dan Facebook akan mengharamkan ‘komuniti berpengaruh’ dalam mempromosikan kandungan seperti vape, tembakau dan senjata.

Facebook pada hari Rabu lau memberitahu produk seperti itu telah lama dilarang di dalam polisi pengiklanan mereka namun akan mula dikuatkuasakan pengharamannya tidak lama lagi.

Kandungan yang mempromosi arak dan ubat kurus juga akan memerlukan sekatan khusus.

Instagram juga telah memasang AI bagi memantau setiap iklan yang dikeluarkan pengguna.

Walau bagaimanapun, usaha ini telah disokong penuh anti merokok di United Kingdom dan Action on Smoking and Health (Ash) serta Stopping Tobacco Organisations and Products (Stop).

Sumber: CNN

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra