Siakap Keli

Sejarah Asal Uighur, Dipercayai Wilayah Islam Yang ‘Dibunuh’ Dari Peta Dunia

Isu penindasan China terhadap etnik Uyghur semakin memuncak sejak beberapa minggu yang lalu dengan pelbagai protes di beberapa negara dan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemain bola sepak Arsenal, Mesut Ozil yang meluahkan kekecewaannya terhadap tindakan negara itu.

Disebalik pelbagai suara yang lantang membangkitkan isu ini, tahukah anda siapa sebenarnya etnik Uyghur?

Melalui Instagram Mizznina, beliau memuatnaik satu kiriman berkaitan yang menerangkan mengenai masyarakat Uyghur yang mempunyai negara bangsa sendiri namun dinafikan hak mereka dengan pelbagai penindasan yang kejam.

Dikenali dengan keterlibatannya dalam pelbagai misi kemanusiaan di negara bergolak, perkongsiaan Mizznina itu boleh membuka mata orang ramai mengenai apa yang berlaku terhadap etnik Uyghur.

Rata-rata netizen juga memberikan pelbagai reaksi termasuk merasa marah dan sedih.

Sumber: Mohd Khairul Anwar Ismail via Mizznina

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra