Siakap Keli

CCTV Rakam Perbuatan Lelaki Dipercayai Cabul Kanak-Kanak Dekat Surau

Sejak semalam, heboh di media sosial mengenai satu rakaman yang memaparkan seorang lelaki dipercayai bertindak mencabul seorang kanak-kanak perempuan.

Kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah surau yang terletak di Sungai Petani.

Menurut hebahan di laman Facebook, kejadian itu berlaku pada 13 Disember yang lalu. Jika dilihat pada rakaman berkenaan, seorang lelaki yang datang ke surau tersebut berlegar-legar sebelum melakukan ‘perkara itu’.

Setelah beberapa ketika, dia memanggil dua orang kanak-kanak perempuan seolah-olah ingin menunjukkan sesuatu di dalam tandas.

Salah seorang daripada kanak-kanak perempuan itu telah ditarik masuk ke dalam tandas. Suspek dilihat memeluk mangsa dan seakan-akan memegang kemaluan kanak-kanak perempuan itu.

Kanak-kanak itu dilepaskan dan mereka berdua berlari meninggalkan perkarangan surau. Suspek pula mendapatkan semula motosikal dan turut beredar dari situ.

Dikatakan, mangsa telah mengadu kepada bapanya dan telah membuat laporan polis pada 19 Disember yang lalu. Rakaman CCTV yang sedang tular dijadikan bahan bukti bagi pihak polis untuk memburu suspek.

Rata-rata netizen nyatanya sangat berang dan kesan dengan tindakan lelaki berkenaan.

“Senang dia selup terus budak tu..nasib tak sempat rogol”

“Sejenis penyakit pedophilia terangsang dengan kanak-kanak, ramai geng pedo ni merata tapi kita tak sedar”

“Dapat kat aku memang jahanam kau ni aku kerjakan”

Sumber: Facebook

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra