Vitamin adalah nutrisi tambahan yang diperlukan tubuh untuk membolehkan tubuh berfungsi dengan baik dan sihat.
Umumnya, vitamin datang daripada makanan dan buah-buahan yang bersifat organik.
Kini, terlalu banyak vitamin atau suplemen tambahan bagi yang ditawarkan di pasaran.
Lambakan suplemen ini hingga membuatkan pengguna sukar untuk membuat pilihan antara yang berguna atau tidak.
Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya telah memuat naik status di laman sosial Twitter rasmi miliknya tentang vitamin dan suplemen.
Bila sebut vitamin ramai akan ingat suplemen. Tak perlu beli suplemen mahal-mahal untuk dapatkan sumber vitamin.
Hanya perlu amalkan pemakanan sihat dari sumber yang pelbagai.
Contohnya, makan jambu batu untuk sumber vitamin C.
Orang yang sihat tak perlukan suplemen. pic.twitter.com/5Mh2Varqtd
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) December 22, 2019
Vitamin secara semula jadinya boleh didapati melalui pemakanan seseorang itu.
Sumber : Twitter