Siakap Keli

(Video) Klip 16 Saat Suara Ganjil Macam Orang Meraung Tersebar, Buat Bulu Roma Meremang

Semua sudah sedia maklum bahawa, manusia bukanlah satu-satunya hidupan yang hidup di muka bumi ini. Ini kerana, terdapat hidupan lain yang turut berkongsi kehidupan dengan kita. Cuma alam sahaja yang memisahkan kita daripada hidupan ini.

Pasti ramai diantara kita yang pernah mengalami gangguan atau terdengar bunyi-bunyi yang tidak dapat dipastikan kesahihannya. Ada juga diantara kita yang pastinya mempunyai pengalaman terserempak dengan kelibat makhluk halus.

Bagi sesetengah orang, mereka lebih memilih untuk tidak mempercayai akan makhluk halus ini. Namun begitu, pada kita yang pernah merasainya sendiri, pastinya akan berfikiran sebaliknya.

Dalam satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @_isshhh ini, dia telah merakamkan satu suara yang agak ganjil. Suara tersebut berbunyi seakan-akan seekor anjing, namun jika diteliti kembali, ianya seakan-akan suara seorang wanita yang sedang menjerit meronta kesakitan.

Video yang berdurasi selama 16 saat itu cukup untuk membuatkan kita semua tertanya-tanya dan meremangkan bulu roma kita.

Kejadian tersebut dipercayai dirakam di sebuah kolej yang tidak diketahui dimana, dan menurut pengguna Twitter itu sendiri, ketika dia merakamkan suara itu, dia mendakwa bahawa hanya dia seorang sahaja yang berada di kolej pada ketika itu.

Berikut adalah video tersebut:

Apa kata anda?

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.