Siakap Keli
Kredit: ABC News/Stu Pengelly

(Video) Gelombang Panas Di Melbourne Sampai Boleh Masak Telur Atas Jalan, Bakar Daging Dalam Kereta

Pada 20 Disember lalu, suhu tinggi membuatkan seorang wanita terdetik untuk memasak telur di hadapan rumahnya di Melbourne.

Dalam video dikongsi Kasandra Azeez, dia memecahkan sebiji telur ke dalam kuali leper miliknya yang diletakkan di atas laluan pejalan kaki.

Hanya dalam beberapa saat sahaja, kelihatan putih telur itu mula mengeras bagaikan dimasak di atas dapur.

Menurut Biro Meteorologi Australia, suhu purata seluruh negara pada 17 Disember lalu dilaporkan mencecah sehingga 40.9°C dan mengatasi rekod terdahulu iaitu 40.3°C pada Januari 2013.

Panas macam oven

Sementara itu, seorang lelaki pula telah membuat eksperimen dengan memasak 1.5 kilogram daging di dalam kereta lama miliknya.

Stu Pengelly ‘memasak’ daging berkenaan selama 10 jam hanya menggunakan kepanasan keretanya sambil memantau suhu kenderaan itu yang meningkat dari 30°C pada 7 pagi  kepada 81°C pada 1 petang.

“Jangan tinggalkan sesiapa atau apa-apa yang berharga di dalam kereta panas biarpun sekejap. Jika anda lihat kanak-kanak atau anjing di dalam kereta yang panas, jangan ragu-ragu untuk memecahkan tingkap dan bawa mereka keluar secepatnya,” kata Pengelly di Facebook miliknya.

Sumber: The Sun, Stu Pengelly, Latestly

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.