Siakap Keli

Dua Lelaki Didakwa Menyamar Sebagai Pegawai Pos Dan Polis, Pensyarah Ditipu, RM100,000 Lesap

Ancaman daripada scammer semakin berleluasa, seorang pensyarah telah mengalami kerugian RM100,000 selepas didakwa ditipu oleh sindiket Macau Scam. Mereka terdiri daripada dua lelaki yang menyamar sebagai pegawai pejabat pos dan anggota polis.

Pada awalnya mangsa dihubungi oleh seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai pos. Dia mendakwa terdapat bungkusan yang didaftarkan atas nama mangsa untuk dihantarkan dari Kepong ke Kota Kinabalu, Sabah ditahan berikutan kad pengenalan dan kad bank yang salah.

Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata mangsa menafikan dia terlibat dengan kes tersebut dan suspek memintanya berhubung dengan pihak polis.

Menurutnya, kemudian mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai anggota polis kononnya dari Bahagian Unit Tindakan Khas.

Suspek dikatakan menyamar sebagai polis itu memberitahu sedang menyiasat kes jenayah melibatkan mangsa dan meminta supaya mangsa tidak menceritakan hal tersebut kepada sesiapa bagi mengelakkan ditangkap selain dikehendaki mematuhi Akta Rahsia Rasmi.

Tambahnya lagi, mangsa turut diminta menyerahkan butiran akaun bank yang dimiliki beserta wang dalam akaunnya.

“Pada 20 Disember lalu suspek sekali lagi menghubungi mangsa dan memintanya mengeluarkan kesmua wang kerana pihak Bank Negara didakwa akan membekukan akaun mangsa.

“Kerana bimbang dengan perkara tersebut, mangsa mengeluarkan RM100,000 dari satu akaun miliknya dan mengarahkannya memasukkan wang tersebt ke dalam satu beg dan meninggalkan di atas sofa buruk di tempat pembuangan sampah temapat mangsa bekerja”, katanya.

Malah mangsa juga turut diarahkan supaya berjalan terus selepas meletakkannya tanpa menoleh kebelakang.

Mangsa membuat laporan polis selepas berasa hairan dengan apa yang berlaku.

Sumber : Sinar Harian

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)